• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO F7 & Find X terkeluar dari benchmark 3DMark kerana markah diragui

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 22/10/2018
  • Komen
OPPO F7 & Find X terkeluar dari benchmark 3DMark kerana markah diragui
Share on FacebookShare on Twitter

UL, pembangun aplikasi benchmark terkemuka, 3DMark mengumumkan telah mengeluarkan dua telefon pintar OPPO dari senarai kedudukan 3DMark mereka. Dua telefon tersebut ialah OPPO Find X dan OPPO F7.

Pengumuman ini dibuat selepas mereka menerima laporan bahawa ujian 3DMark versi awam tidak selari dengan ujian 3DMark versi peribadi. UL menyediakan ujian 3DMark versi peribadi kepada beberapa pihak tertentu yang mana ia tidak memiliki nama aplikasi yang sama.



Dalam peraturan benchmark yang ditetapkan UL, pengeluar boleh mengoptimasikan prestasi mereka dengan mengesan aplikasi yang menjalankan operasi yang berat, seperti bermain games serta menjalankan benchmark. Tetapi ia mestilah secara umum, bukan khusus dengan mengenal pasti nama aplikasi sahaja.

Menurut UL, OPPO Find X dan OPPO F7 dikesan memiliki perbezaan markah 3DMark sehingga 41% di antara versi awam dan peribadi. Ini menunjukkan, peranti ini mengenalpasti nama aplikasi sebelum mengenakan optimasi.



UL telah berhubung dengan OPPO dan pihak OPPO sendiri telah mengaku tentang hal ini. OPPO menyatakan, sistem mereka mengenalpasti aplikasi berprestasi tinggi seperti games dan benchmark dan membenarkan CPU beroperasi di tahap maksima.

Manakala tetapan optimasi lalai dikenakan untuk aplikasi yang tidak dikenali, di mana sistem mengehadkan prestasi ke 80% maksimum jika tidak digunakan sekitar 5 ke 10 saat. Apabila aplikasi digunakan semula seperti skrin disentuh, ia akan mematikan had tadi dan kembali ke prestasi normal.

UL mendapati had ini tidak dikenakan kepada aplikasi 3DMark versi awam, di mana pengguna tidak menyentuh skrin untuk digunakan dalam jangka masa lama, semasa benchmark dijalankan. Tetapi peranti masih dalam mod prestasi tinggi. Ini tidak selari dengan peraturan yang telah ditetapkan UL di mana semua aplikasi benchmark mesti dijalankan sama seperti aplikasi lain dijalankan.

OPPO menambah, mereka kini sedang berusaha untuk menaik taraf sistem agar ia dapat mengenal pasti aplikasi dengan lebih tepat mengikut keperluan pengguna.

Perkara sebegini bukanlah baru kerana Huawei juga bulan lepas menerima amaran apabila dikesan memiliki markah berbeza apabila 3DMark versi awam dan peribadi dijalankan padanya. Sebanyak 4 model telah dikeluarkan dari senarai kedudukan benchmark 3DMark iaitu Huawei P20, Huawei P20 Pro, Huawei Nova 3 dan honor Play.

Secara kasar, mengesan aplikasi tertentu dan memberikannya prestasi maksimum adalah langkah yang tepat. Teatpi UL memiliki pandangan berbeza, kerana peranti haruslah memberi peluang yang sama kepada aplikasi lain yang belum dikenali untuk beroperasi di tahap maksima. Bagaimanapun, ini akan memberi kesan kepada hayat bateri. Kerana itu, pengeluar masih belum bertemu formula yang tepat untuk mengenal pasti aplikasi yang perlu prestasi maksima dan aplikasi yang boleh jalan cukup makan sambil memanjangkan hayat bateri.

Apa pendapat anda tentang dilema yang dihadapi OPPO dan Huawei ini sehingga menerima amaran dari UL? Sudah pasti benchmark bukanlah penentu muktamad prestasi sesbuah peranti, tetapi ia boleh memberi mesej yang jelas tentang keupayaannya.

[Sumber: Gadgets360, UL]

Tags: AntutuoppoOPPO F7OPPO Find X
Najib

Najib

POPULAR

OPPO F7 & Find X terkeluar dari benchmark 3DMark kerana markah diragui

OPPO F7 & Find X terkeluar dari benchmark 3DMark kerana markah diragui

22 October 2018
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER