fbpx

Digi perbesar kuota internet bagi pelan Home Broadband

Pengguna pascabayar Digi Broadband akan menikmati lebih banyak data pada harga lebih rendah menerusi pelan yang diperbaharui. Sehingga 50% lebih kuota data dengan harga serendah RM45 sebulan.

Digi kini menyediakan tiga pelan pascabayar Digi Broadband dalam dua bentuk kuota iaitu:

  • Broadband Monthly 45 – 15GB + 10GB kuota strim
  • Broadband Monthly 65 – 30GB + 20GB kuota strim
  • Broadband Monthly 105 – 60GB + 40GB kuota strim

Kuota pertama ialah penggunaan semua perkara internet sepanjang masa. Manakala kuota strim adalah kuota khas yang digunakan menstrim video dan muzik menerusi 35 rakan Digi iaitu:

Video: YouTube, YouTube Gaming, YouTube Kids, Dailymotion, Netflix, iflix, Astro Go, HeroTalkies, Viu, PlayTV UniFi, tonton, dimsum

Muzik: Era FM, Fly FM, Hot FM, Kool FM, One FM, THR Raaga, THR Gegar, Hitz.FM, Lite FM, Melody FM, Mix FM, MY FM, Sinar FM, BFM, Spotify, Deezer, Joox, Kkbox, Apple Music, , Tidal, Raku, Saavn, Hungama, BE-AT TV, SoundHound, Radio2008

Sebelum mula menggunakan perkhidmatan strim di atas, pengguna perlu mengaktifkannya terlebih dahulu menerui applikasi MyDigi atau dengan mendaftar masuk akaun di http://digi.my/mybb

Bagi pengguna Digi Broadband sedia ada, mereka akan menerima naik taraf kuota ini di dalam kitaran bil akan datang. Bagi pelanggan baru, mereka akan terus menerimanya selepas pendaftaran.

Khas untuk pengguna pascabayar Digi, anda boleh melanggan pelan Home Broadband ini sebagai talian kedua pada harga lebih murah. Digi memberi diskaun RM5 untuk pelan Broadband Monthly 45, dan diskaun RM10 bagi pelan Broadband Monthly 65 dan Broadband Monthly 105, jika mendaftar sebagai pelan supplementary.

Digi turut menawarkan pelan ini bersama modem MiFi, Huawei E5577s(LTE) dan Huawei E5785(LTE-A). Tetapi perlu mendaftar kontrak 12 bulan, membayar wang deposit dan tambahan RM9 sebulan selama 12 bulan. Maklumat lanjut seperti di bawah:

BACA  Redmi 7A, telefon paling mampu milik Xiaomi akan mula dijual di Malaysia

Pelan Digi Broadband tidak datang bersama panggilan dan SMS, ia hanya boleh digunakan untuk akses internet sahaja.

Ia juga tidak boleh menggunakan perkhidmatan VOIP seperti Whatsapp Call, melainkan dengan membeli tambah nilai internet VOIP sebanyak RM5 sebulan. Perkhidmatan VOIP yang boleh digunakan ialah: WhatsApp, Face time, Line, Kakao, Talk, Skype, Facebook Messenger, WeChat, Google Hangouts, GrooVe IP, dan Viber.

Seperkara lagi, jika kuota internet telah habis, anda tidak lagi boleh menggunakan internet. Tiada kelajuan disekat, sebaliknya internet terus disekat. Tetapi pengguna boleh membeli kuota tambahan dari RM25 untuk 20GB.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan ini, layari laman web Digi Broadband.