• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CONNECTme perkenal pelan tanpa had dengan liputan di seluruh negara

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 02/11/2018
  • Komen
CONNECTme perkenal pelan tanpa had dengan liputan di seluruh negara
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada internet jalur lebar di tempat anda? Tiada juga liputan internet mudah alih yang memuaskan? Sebenarnya anda ada satu pilihan lagi untuk mendapatkan internet, menggunakan internet satelit. Salah satu syarikat yang menyediakan kemudahan internet di Malaysia ialah CONNECTme, dan kini mereka menawarkan pelan internet tanpa had kuota.

Seperti Astro, pemancar satelit membolehkan liputan diberikan di seluruh negara. Tidak kira di dalam hutan, atas gunung mahupun di lautan. Begitu juga dengan CONNECTme, ia membolehkan internet diterima walau di mana jua anda berada. Jadi, tidak perlu pening dengan masalah tiada infra, kabel atau port.



Untuk waktu terhad sehingga 30 Disember 2018, CONNECTme kini menawarkan pelan internet di rumah yang lebih murah, juga dengan pilihan tanpa had kuota. Terdapat dua pelan yang ditawarkan iaitu:

  • CONNECTme@Home Super – RM98 sebulan dengan 60GB kuota
  • CONNECTme@Home Ultimate – RM138 sebulan dengan kuota tanpa had

Pelan Home Super datang dengan kuota 60GB sebulan. Jika kehabisan data, boleh ditambah sebanyak 5GB dengan RM20, 10GB RM30 atau 20GB RM40. Tetapi lebih berbaloi mendapatkan pelan Home Ultimate tanpa kuota. Cuma CONNECTme memaklumkan ia dikenakan polisi penggunaan kesaksamaan (Fair Usage Policy) di mana jika pengguna telah menggunakan sebanyak 100GB, mereka boleh mengenakan sekatan jika terdapat kesesakan dalam rangkaian.



Untuk mendaftar CONNECTme, ia mengambil sedikit masa dan bayaran pendahuluan. Pengguna perlu menyediakan deposit selama sebulan, bayaran pendahuluan sebulan dan membayar kos pemasangan sebanyak RM250. Pengguna juga akan dikontrakkan selama 24 bulan.

Selepas mendaftar dalam talian, pengguna perlu menunggu kelulusan Penguntukan Radas dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sehingga 60 hari. Kebiasannya dalam 2 minggu sahaja. Selepas mendapat kelulusan SKMM, pasukan pemasangan CONNECTme akan datang dalam masa 2 hari ke premis pengguna. Pemasangan biasanya mengambil masa selama 2 jam.

Dari ujian yang diperlihatkan CONNECTme, kelajuan internet mereka boleh mencecah 25Mbps untuk muat turun tetapi sekitar 1Mbps untuk muat naik. Ping juga agak tinggi, sekitar 500ms menjadikannya sangat tidak sesuai untuk bermain games masa nyata seperti Counter Strike, DotA 2, PUBG atau Mobile Legends. Strim video berkualiti HD masih boleh dijalankan.

Tawaran CONNECTme ini dibuat dari 1 November sehingga 30 Disember 2018 sahaja. Ia dilihat agak sesuai untuk pengguna yang tiada jalur lebar tetap atau liputan internet mudah alih yang bagus. Malah, pengguna Streamyx yang membayar lebih dari RM100 sebulan juga sesuai untuk berubah ke pelan tanpa had kuota ini.

Jika berminat untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web www.connectme.my atau pergi ke Facebook CONNECTme. Mereka juga boleh dihubungi di WhatsApp di nombor 011 3932 8829.

Tags: Connectme
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
CONNECTme perkenal pelan tanpa had dengan liputan di seluruh negara

CONNECTme perkenal pelan tanpa had dengan liputan di seluruh negara

2 November 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER