fbpx

Nokia 5.1 Plus mula dijual dengan harga diskaun untuk masa terhad

Dilancarkan pada bulan September lepas, akhirnya Nokia 5.1 Plus akan mula dijual di Malaysia esok, 6 November 2018. Ia akan boleh dibeli di semua penjual sah Nokia di Malaysia, serta dalam talian di Stor Rasmi Nokia di Lazada.

Nokia 5.1 Plus memiliki kuasa Mediatek Helio P60, bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Harga jualannya di Malaysia ialah RM899 dan boleh didapati dalam dua warna pilihan, Gloss Black dan Gloss Midnight Blue. Nokia turut memberikan hadiah percuma berupa sebuah beg galas, pelindung skrin tempered glass dan casing, semuanya bernilai RM200.

Untuk tempoh terhad, Nokia 5.1 Plus boleh dibeli pada harga RM809 di Stor Rasmi Nokia di Lazada. Stok pun terhad, jadi yang cepat sahaja boleh beli pada harga istimewa ini.

Skrin Nokia 5.1 Plus sebesar 5.8-inci, bertakuk di dahi, dengan resolusi HD+ sahaja dalam nisbah 19:9. Baterinya hanya 3,060 mAh dan dicas melalui sambungan USB-C.

Kamera belakangnya dwi-lensa, gabungan sensor 13MP F2.0 dan 5MP yang dikuasakan AI serta memiliki penstabil imej elektronik (EIS). Kamera hadapan pula 8MP F2.2. Pengimbas capjari terdapat di belakang, di bawah kamera belakang.

Seperti peranti Nokia yang lain, Nokia 5.1 Plus juga termasuk di dalam program Android One. Ia memberikan pengalaman Android tulen bersama kemaskini keselamatan setiap bulan selama tiga tahun. Ia juga dijamin menerima kemaskini sistem operasi (OS) selama dua tahun. Android 9.0 Pie terbaru dikhabarkan akan sampai ke Nokia 5.1 Plus tidak lama lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman produk Nokia 5.1 Plus dan kunjungi Facebook Nokia Mobile Malaysia.

BACA  Rangkaian Celcom, TuneTalk & Yoodo bermasalah, dijangka pulih pagi ini