• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesaing Airpods Daripada Xiaomi Dijual 5 Kali Ganda Lebih Murah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:44 am
  • 07/11/2018
  • Komen
Pesaing Airpods Daripada Xiaomi Dijual 5 Kali Ganda Lebih Murah
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin banyak pengeluar telefon yang menyisihkan port audio 3.5mm daripada produk mereka bermakna pasaran earfon bluetooth kini semakin subur. Xiaomi tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai keghairahan itu dengan sepasang earfon Bluetooth, Xiaomi AirDots, untuk bersaing dengan produk seperti Apple Airpods.

AirDots memiliki rupa yang sedikit berbeza berbanding AirPods kerana ia tiada batang terjulur seperti taugeh apabila anda memakainya. Kedua-dua unit earfon dilengkapi permukaan peka sentuhan untuk anda melakukan input seperti:



  • play/pause muzik
  • menjawab panggilan telefon
  • memberi arahan suara kepada pembantu maya

Daripada sudut spesifikasi, AirDots menggunakan pemacu audio 7.2mm, sedikit kecil berbanding 9mm yang hadir pada pesaing Apple-nya. Tapi, Xiaomi tetap menjanjikan penghasilan bunyi yang baik dalam kelasnya.

Bluetooth v5.0 menyediakan sambungan daripada earfon kepada telefon dan ia menerima manfaat penggunaan tenaga yang optimum daripada bateri yang terbina dalam badannya. Waktu penggunaan dikatakan sehingga 12 jam lamanya dengan bantuan bekas yang turut berfungsi sebagai pengecas.



Xiaomi AirDots dijual di China sahaja buat masa ini pada harga RMB 199 (RM 120) dan boleh mula dibeli pada 11 November ini. Untuk perbandingan, Apple Airpods dijual di Malaysia pada harga RM 650.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: xiaomixiaomi airdots
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pesaing Airpods Daripada Xiaomi Dijual 5 Kali Ganda Lebih Murah

Pesaing Airpods Daripada Xiaomi Dijual 5 Kali Ganda Lebih Murah

7 November 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN