fbpx

Astro-Maxis IPTV pun turun harga internet

Selain menyediakan talian jalur tetap menerusi Home Fibre, Maxis juga ada membuat kerjasama dengan Astro untuk pelan Astro-Maxis IPTV. Hari ini mereka menawarkannya pada harga lebih murah dengan pilihan kelajuan lebih tinggi, selaras dengan penurunan harga internet di Malaysia.

Bagi pengguna sedia ada Astro-Maxis IPTV 10Mbps, mereka akan diselaraskan ke pelan internet berkelajuan 30Mbps pada harga RM89 sebulan, bermula bulan Disember 2018.

Bagi pelanggan 30Mbps pula, mereka akan menikmati harga RM89 pada bulan Disember, dan dipertingkat kelajuan ke 100Mbps pada bulan Januari 2019. Tidak pula dimaklumkan harga baru untuk kelajuan 100Mbps.

Semua pengguna sedia ada akan dimaklumkan tentang harga baru ini bersama penjimatan yang mereka nikmati. Mereka yang memilih untuk memperbaharui kontrak pelan yang baru ini, akan menerima naik taraf perkakas secara percuma.

Pelanggan yang mahu menaik taraf ke pelan 100Mbps pada Januari 2019 nanti, juga akan menerima naik taraf router WiFi dwi-band untuk memaksimakan penggunaan jalur lebar berkelajuan lebih tinggi.

Dengan Astro-Maxis IPTV, pelanggan boleh menikmati siaran Astro berkualiti tinggi, yang menayangkan kandungan tempatan dan antarabangsa tanpa risaukan gangguan cuaca yang sering menjadi mimpi ngeri pengguna Astro satelit. Pakej Astro dari serendah RM39.95 sebulan boleh dilanggan menerusi Astro-Maxis IPTV.

Pengguna Astro boleh menikmati secara eksklusif kandungan seperti siri dan drama dari Amerika Syarikat, Korea dan China pada hari yang sama ditayangkan di negara asalnya. Termasuk acara sukan secara langsung seperti bola sepak, golf dan bermacam sukan lain. Astro juga menyediakan filem terkini menerusi On Demand, terus dari talian jalur lebar berkelajuan tinggi.

BACA  Tangkap gambar mengikut tema dan menangi Galaxy Note 10

Kepada yang berminat untuk melanggan Astro-Maxis IPTV, boleh mendaftar menerusi laman web www.astro.com.my/iptv. Maklumat lanjut berkenaan tawaran ini juga boleh didapati di laman web tersebut.