• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG mahu letak 16 kamera di telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 8:24 pm
  • 26/11/2018
  • Komen
LG mahu letak 16 kamera di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Dari satu lensa kamera di telefon, ia kini telah berkembang sehingga 4 lensa hanya di kamera belakang. Jika anda rasa ia sudah cukup banyak, mungkin anda tak terjangka ia boleh mencapai 16 lensa.

Perkara ini ditemui oleh LetsGoDigital, dipatenkan oleh LG Electronics. Dalam paten tersebut, LG mahu menghasilkan telefon pintar dengan 16 lensa kamera belakang.



16 lensa itu disusun dalam susunan 4×4 dengan sudut lensa yang nampak berbeza. Beberapa sudut lensa diberikan dalam paten tersebut.

Di dalam dokumen paten tersebut, LG turut berkongsi perkara yang boleh dicapai dengan penggunaan 16 lensa kamera. Antaranya, ia boleh mengubah sebahagian gambar dengan sudut berlainan. Contoh seperti patung beruang di bawah, kepala beruang boleh diubah kepada menunduk atau ke tepi.



Selain itu, gambar dari pelbagai lensa ini boleh dicantumkan menjadi satu gambar yang besar.

Sudah pasti, dengan lebih banyak lensa membolehkan lebih banyak perkara dibuat. Tetapi realitinya, bagaimanakah mahu memuatkan 16 lensa kamera di dalam telefon pintar?

Apabila lensa terlalu kecil, ia akan memberi kesan kepada tangkapan waktu malam dan suasana malap. Lensa yang besar, pasti memberi kesan kepada saiz telefon pula. Susah untuk memikirkan sejauh mana LG boleh menjadikan paten ini suatu realiti.

Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang paten LG ini, boleh melawat laman web USPTA di sini. Ia merupakan dokumen sebanyak 34 mukasurat.

[Sumber: TheNextWeb, LetsGoDigital]

Tags: 16 kameralg
Najib

Najib

POPULAR

LG mahu letak 16 kamera di telefon pintar

LG mahu letak 16 kamera di telefon pintar

26 November 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN