• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengeluar casing dedah saiz sebenar skrin Galaxy S10

  • OLEH Najib
  • 12:53 pm
  • 10/12/2018
  • Komen
Pengeluar casing dedah saiz sebenar skrin Galaxy S10
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah banyak laporan yang menyatakan Samsung akan melancarkan bukan dua, tetapi tiga model Galaxy S10 tahun depan. Banyak perkara tentang Galaxy S10 telah diperkatakan di internet, tetapi maklumat tepat tentang saiz skrin ketiga-tiga model ini mungkin baru didedahkan.

Pembocor maklumat @evleaks, telah berkongsi satu info berkenaan saiz skrin Galaxy S10 yang diterimanya dari pengeluar casing yang tidak diberitahu namanya. Model asas Galaxy S10 akan dipasang skrin berukuran 6.1-inci, dengan model lebih besar Galaxy S10+ menggunakan skrin 6.4-inci.



A case manufacturer's expectations for the Galaxy S10 lineup: pic.twitter.com/lrExjvalcb

— Evan Blass (@evleaks) December 8, 2018

Model ketiga adalah versi lebih ringan iaitu Galaxy S10 Lite, akan memiliki skrin berukuran 5.8-inci. Dari namanya, mungkin bukan skrin sahaja lebih ringan, perkakas di dalam juga akan kurang berkuasa berbanding Galaxy S10.

Tentang jenis skrin pula, laporan awal dari @OnLeaks menyebut, ketiga-tiga model Galaxy S10 akan menggunakan skrin Infinity-O, iaitu skrin nirbingkai berlubang. Lubang ini adalah tempat untuk memuatkan kamera hadapan.



Dalam twitter @evleaks yang sama, seorang lagi pembocor maklumat @UniverseIce membalas tweet tersebut dengan mengatakan saiz skrin tersebut memang tepat, tetapi… Ayat beliau tergantung di situ, seperti mahu memberi petunjuk terdapat kesalahan di situ.

The screen size is completely correct, but…

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) December 8, 2018

Jika maklumat yang dimiliki @UniverseIce sama seperti @OnLeaks, maka kedudukan lubang kamera hadapan tidak terletak di tengah skrin, sebaliknya ia terletak di sudut atas kanan skrin. Gambaran tersebut diubahsuai dan dikongsi oleh @Menuka_Samare dalam balasan tweet ke @evleaks.

https://twitter.com/Menuka_Samare/status/1071267123681316864

Samsung dijangka akan memasang sehingga 6 kamera di Galaxy S10, dengan model terbaik Galaxy S10+ menggunakan dua kamera di hadapan dan empat kamera di belakang.

Yang mana anda rasa lebih sesuai dan menarik? Kamera hadapan terletak di tengah atau di tepi?

[Sumber: evleaks]

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Pengeluar casing dedah saiz sebenar skrin Galaxy S10

Pengeluar casing dedah saiz sebenar skrin Galaxy S10

10 December 2018
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER