fbpx

[REVIU] ZenFone Max Pro M2 Replikasi Kejayaan Formula M1

Intro

Kali pertama mereka hadir dengan ZenFone Max Pro M1, seantero tanah air digegarkan dengan tawaran mampu milik dengan spesifikasi premium. Jika dulu orang ramai hanya mempertimbang Xiaomi seperti siri Redmi dan Redmi Note, kini pengguna dihidangkan dengan lebih banyak pilihan.

Ini adalah usaha kali kedua Asus untuk merampas pegangan pasaran telefon kelas pertengahan. ZenFone Max Pro M2 ingin mengulangi formula penawaran telefon kelas pertengahan pada harga kompetitif dan pada masa yang sama memberikan pengalaman penggunaan yang mantap.

Tapi anda perlu tahu yang jarak antara M1 dan M2 adalah kira-kira 6 bulan sahaja. Mengikut kitaran telefon, ia terlalu pantas dan pastinya anda ragu-ragu tentang apa penambahbaikan yang boleh dibawa M2 berbanding sebelumnya.

Untuk itu, anda perlu teruskan membaca reviu kami tentang ZenFone Max Pro M2 ini.

Fizikaliti

Terdapat beberapa fitur yang dikekalkan dan ada juga yang berubah. Perubahan paling ketara telefon ini adalah pada paparannya yang kini dijangkiti notch. Ia menggunakan panel LCD seluas 6.3” dengan resolusi FHD+, sedikit besar berbanding 6.0” pada versi sebelum ini.

Ia adalah satu-satunya telefon dalam kelasnya yang ada Corning Gorilla Glass 6 berbanding versi 3 yang digunakan pada M1 sebelum ini.

Paparan bernotch dan sedikit besar berbanding M1

Bahagian belakang juga berbeza kemasannya. Nampak seperti kaca, tapi ia adalah kemasan plastik akrilik bersinar. Cantik tetapi sangat mesra cap jari.

Kemasan bersinar dari akrilik

Butang kawalan bunyi dan kuasa kekal ditempat yang sama iaitu disebelah kanan manakala trislot kad SIM+SD terletak di bahagian kiri badan telefon. Pad bahagian dagu, anda menemui port micro-USB, jek audio, dan jeriji speaker.

BACA  Asus Perkemas VivoBook S Dengan Warna Menarik Tanpa Korbankan Prestasi

Tetap ada jek audio tapi tak mahu tinggalkan mikro-USB

Pasti ramai mengeluh tentang kehadiran mikro-USB dalam penghujung tahun 2018 ini. Lebih parah, masih tiada pengecasan pantas untuk mengisi bateri superbesar 5,000mAh yang dimilikinya.
Itulah antara beberapa kompromi yang harus dilakukan demi mengekalkan harga kompetetif telefon ini.

Menurut ASUS ini adalah telefon 5,00mAh ternipis di dunia

Pengimbas cap jari masih dikekalkan di bahagian belakang dan konfigurasi dwikamera belakang terletak di penjuru kiri Bersama-sama flash LED.

Pengimbas cap jari

Dwikamera belakang

Berikut adalah spesifikasi telefon ASUS ZenFone Max Pro M2.

Spesifikasi ZenFone Max Pro M2

Paparan6.3" HD Penuh
PemprosesSnapdragon 660
RAM4GB
6GB
Storan64GB
slot SD khas
Sistem OperasiAndroid 8.1 Oreo
Kamera belakang12MP F1.8
5MP F2.4
Kemera depan13MP
Bateri5,000mAh

Halaman Seterusnya

Contents