Lagi jenama telefon yang bekerjasama dengan pengeluar kereta. Terbaru adalah OnePlus yang hadir dengan kolaborasi bersama McLaren untuk meletakkap cap premium pengeluar kereta itu pada OnePlus 6 mereka. Berjarak kurang daripada 2 bulan antara keduanya, tak banyak penambahbaikkan yang mampu dibawakan OnePlus pada 6T edisi McLaren.
Ini adalah tiga kunci perbezaan OnePlus 6T McLaren dengan yang biasa.
1. Sistem pengecasan Warp Charge 30
Pengecasan pantas daripada OnePLus telah dijenamapakan kepada War Charge daripada Dash Charge. Pada edisi McLaren, ia pertama kalinya diperkanalkan pada produk OnePlus.
Sebanyak 30W kuasa dipam masuk ke bateri melalui blok pengecas khas. Ia mengecas 50% bateri dalam masa 20 minit. Untuk perbandingan, OPPO R17 Pro yang ada blok pengecas 50W, 50% bateri dalam masa 12 minit dan kedua-dua mereka ada kapasiti bateri 3,700mAh yang sama.
2. RAM paling tinggi dalam mana-mana OnePlus setakat ini
10GB RAM adalah amaun yang amat besar untuk sebuah gajet bersaiz poket. Tapi ia didakwa memberikan pengalaman telefon yang lebih lancar.
Tapi OnePlus ada sejarah tidak menggunakan kapasiti RAM sepenuhnya. Contohnya dalam OnePlus 3, sungguhpun dipasarkan dengan RAM 6GB, ia hanya menggunakan 4GB RAM dengan alasan pengoptimuman bateri.
3. Rekaan berinspirasikan sejarah ikonik McLaren
Warna hitam dan calitan Papaya Orange (jingga betik) telah lama menjadi sebahagian daripada sejarah pengeluar supercar itu. Pada OnePlus 6T edisi McLaren, bahagian pinggir dagu telefon, adalah tempat warna itu hadir.
Ada juga cap McLaren di bahagian belakang dan jika itu tidak cukup meyakingkan, ada kemasan seperti serat karbon disebalik kaca belakang telefon ini kerana McLarenlah pihak pertama yang menggunakan bahan itu dalam perlumbaan kereta F1.
OnePlus 6T McLaren akan mula dijual 13 Disember ini. Harga jualannya di A.S adalah USD 699 (RM 2,925). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Spesifikasi OnePlus 6T McLaren
[table “137” could not be loaded /]