• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda Pernah Dengar Screen Protector Yang Bagi Jaminan 2 Tahun? Kami Pernah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:31 pm
  • 13/12/2018
  • Komen
Anda Pernah Dengar Screen Protector Yang Bagi Jaminan 2 Tahun? Kami Pernah
Share on FacebookShare on Twitter

Memang susah untuk percayai yang ada pengeluar yang berani berikan jaminan kepada screen protector mereka. Bukan sekejap, tapi 2 tahun. Begitulah tahap keyakinan Belkin terhadap produk screen protector mereka.

Lebih menarik, cara pemasangannya bukan biasa-biasa, tapi ada mesin khas untuk melakukannya. Itulah yang didemonstrasikan kepada kami di SoyaCincau oleh pihak Belkin di salah satu gedung Machines yang terletak di KLCC.



Kelengkapan yang diberi nama TrueClear Pro (TCP) ini menjadikan pemasangan screen protector jadi sangat teratur dan kemas. Semua peralatan yang diperlukan tersusun rapi dalam satu bahagian. Malah, ada platform khas untuk melakukan kerja pemasangan.

Jika anda singgah ke kedai Machine yang ada kelengkapan TCP ini, anda boleh meminta pegawai pemasaran mereka melakukannya bagi pihak anda. Jangan risau, pemasangannya amat pantas dan tiada lagi masalah pelindung tersenget pasang, ada cap jari dibawah, ataupun habuk terlekat. Pemasangan selesai kurang daripada 5 minit saja.



Sebanyak tiga jenis perlindungan ditawarkan dan ia berbeza daripada segi ketahanan dan harganya. Tiga screen protector itu ialah:

  • Tempered glass biasa
  • InvisiGlass Ultra
  • Tempered Curve

Sayangnya setakat ini mereka hanya tawarkan untuk iPhone 6 keatas saja dan versi Android akan dibawa masuk mereka satu masa nanti. Ini adalah harga-harga untuks setiap jenis tempered glass ini.

  • Tempered glass biasa – RM99
  • InvisiGlass Ultra – RM145
  • Tempered Curve – RM165

Sebanyak 6 outlet Machines ada menawarkan perkhidmatan pemasangan screen protector menggunakan mesin TCP ini. Anda boleh berkunjung ke outlet di:

  • KLCC
  • Pavilion
  • The Garden
  • MidValley Megamall
  • Sunway Pyramid
  • IOI City Mall

Menurut mereka, banyak lagi outlet yang akan dilengkapi TCP dalam masa beberapa bulan lagi.

Tags: belkinbelkin trueclear pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Anda Pernah Dengar Screen Protector Yang Bagi Jaminan 2 Tahun? Kami Pernah

Anda Pernah Dengar Screen Protector Yang Bagi Jaminan 2 Tahun? Kami Pernah

13 December 2018
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN