fbpx

Zenfone Max M2 lebih ringan kuasa dan harga dari Max Pro M2

ASUS telah selamat melancarkan Zenfone Max Pro M2, dan mula mengambil tempahan bermula 12.12 di Lazada dan Shopee. Tetapi, pengumuman ketibaannya yang lepas bukannya bersendirian. Sebaliknya ia ditemani oleh satu lagi model, Zenfone Max M2. Tanpa label Pro.

Zenfone Max M2 memiliki perkakas dan harga yang lebih rendah dari model Max Pro M2. Ia sebenarnya lebih mirip dengan Max Pro M1. Ini kerana ia menggunakan cip yang sama, Snapdragon 636, dengan pilihan RAM 3GB dan storan 32GB, atau RAM 4GB dan storan 64GB. Ia memiliki slot untuk tiga kad, dua untuk memuatkan kad sim nano dan satu kad mikroSD untuk storan tambahan.

Skrin Zenfone Max M2 berkeluasan 6.3-inci dengan takuk di atas, tetapi resolusi rendah HD 1520×720 sahaja. Ia memiliki pengimbas capjari di belakang, serta pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Kamera belakangnya dwi-lensa 13MP F1.8 + 2MP, manakala kamera hadapan 8MP F2.0 dengan LED Flash bercahaya lembut untuk swafoto yang cerah dan menawan.

Bateri Max M2 sedikit kecil, hanya 4,000mAh tetapi masih lebih besar dari kebanyakan telefon pintar lain di pasaran. Ia dicas melalui sambungan mikroUSB dan menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Tidak dimaklumkan sama ada Zenfone Max Pro M2 akan dijual di Malaysia atau tidak, jadi tiada harga rasmi di Malaysia. Di Indonesia ia dijual pada harge berikut:

  • Zenfone Max M2 (3GB/32GB) – IDR2.299.000 (~RM658)
  • Zenfone Max M2 (4GB/64GB) – IDR2.699.000 (~RM773)

Untuk perbandingan, Zenfone Max Pro M2 dijual di Malaysia pada harga:

  • Zenfone Max Pro M2 (4GB/64GB) – RM859
  • Zenfone Max Pro M2 (6GB/64GB) – RM999

Untuk kenal Zenfone Max Pro M2 dengan lebih lanjut, boleh baca reviu kami di sini.

BACA  LIVE BLOG: Dapatkan tawaran terbaik 11.11 di sini