• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jimat sehingga 55% dengan GrabClub

  • OLEH Najib
  • 8:20 pm
  • 19/12/2018
  • Komen
Jimat sehingga 55% dengan GrabClub
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pengguna tegar perkhidmatan pengangkutan Grab, maka anda harus mendapatkan pelan GrabClub yang baru ini. Grab hari ini mengumumkan program langganan baru yang memberikan lebih banyak penjimatan untuk menggunakan pengangkutan Grab dan penghantaran makanan GrabFood.

Buat permulaan ini, baru satu pelan yang diperkenalkan iaitu Grab-It-All Basic Pass. Ia berharga RM50 sebulan, dan pengguna akan menerima 15 baucar RM4 pengangkutan Grab (berjumlah RM60), dan 10 baucar penghantaran percuma GrabFood (berjumlah RM50) dengan tempahan minima RM20. Bayar RM50 sahaja dan terima perkhidmatan bernilai RM110.



Pas yang berharga RM50 sebulan ini, diperbaharui secara automatik setiap bulan dan ia boleh dibatalkan bila-bila masa. Kesemua baucar ini boleh ditemui di dalam tab MyRewards, di bahagian GrabRewards.

Pas Grab-It-All Basic ini terhad kepada 35,000 langganan dan menerima bayaran dalam bentuk GrabPay sahaja. Menurut Grab, pas ini hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terpilih.



Untuk melanggannya, buka aplikasi Grab, tekan pada Profile untuk membuka menu dan pergi ke GrabClub. Anda akan boleh melihat tawaran pelan tersebut. Klik View The Plan dan seterusnya klik Get This Plan untuk mula melanggannya.

Pelan ini adalah tawaran yang sangat menarik, jika anda sering menggunakan perkhidmatan pengangkutan Grab dan GrabFood. Di Singapura, Grab telah memperkenakan tiga jenis pas GrabClub iaitu Food Pass, All-access Pass Basic dan All-access Pass Premium.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran ini, layari blog rasmi Grab.

Tags: GrabGrabClub
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Jimat sehingga 55% dengan GrabClub

Jimat sehingga 55% dengan GrabClub

19 December 2018
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER