• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei minta kerajaan buktikan mereka ancam keselamatan negara

  • OLEH Najib
  • 9:52 am
  • 20/12/2018
  • Komen
Harga internet akan turun hingga 25% tapi ia tidak selesaikan masalah rakyat majoriti
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei kebelakangan ini menerima tekanan dari beberapa negara terutama sekali dari Amerika Syarikat (AS), yang cuba mengharamkan produk mereka dari digunakan. Huawei yang merupakan pakar penyedia perkhidmatan rangkaian dan telekomunikasi, adalah salah satu syarikat yang menyediakan penyelesaian untuk rangkaian 5G yang akan datang.

AS sebelum ini mendakwa Huawei berkomplot dengan kerajaan China dan membocorkan data-data sulit kerajaan kepada China. AS juga telah berkempen kepada rakan sekutunya untuk turut sama memboikot produk Huawei dari digunakan dalam pembangunan rangkaian 5G di negara mereka.



Australia, New Zealand dan Jepun telah mengikut jejak AS dalam mengharamkan penggunaan produk Huawei di negara mereka. Huawei telah berkali-kali menafikan tuduhan yang dikatakan mereka, tidak berasas ini.

Pengerusi Huawei, Ken Hu berucap tentang perkara ini dalam satu kenyataan media. Beliau menyeru, mana-mana kerajaan yang mengharamkan Huawei agar tampil dengan bukti yang menunjukkan Huawei membawa ancaman keselamatan kepada negara mereka.



Beliau juga meminta dibuka saluran perhubungan untuk membincangkan perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya, tetapi kebanyakan negara tidak mengendahkannya. Contoh terbaru, Huawei telah bersetuju dengan permintaan dari United Kingdom untuk membentangkan sebarang risiko yang ditemui dalam peralatan dan perisian Huawei.

Ken Hu menegaskan, Huawei mempunyai rekod sejarah yang bagus dalam isu keselamatan. Dalam 30 tahun lepas, Huawei tidak pernah terlibat dalam masalah keselamatan yang serius. Malah, tiada bukti menunjukkan peralatan mereka membawa ancaman.

Beliau menambah, Huawei berterusan meningkatkan pelaburan mereka dalam sebarang usaha berkaitan keselamatan. Baru-baru ini, Huawei melancarkan pusat keselamatan di Brussels pada suku kedua 2019, sebagai usaha jangka panjang untuk meluaskan kerja sama dengan kerajaan lain di seluruh dunia.

Pengerusi Huawei itu menekankan lagi, ketiadaan Huawei dan pengeluar produk China lain di AS, boleh meningkatkan kos peralatan rangkaian yang seterusnya akan dikenakan kepada pengguna.

Kerajaan Trump sebelum ini telah cuba menghasut Jerman untuk turut sama mengharamkan Huawei. Tetapi Jerman mengambil langkah, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Kanada juga dikatakan akan mengenakan halangan terhadap produk Huawei, tetapi Kementerian Keselamatan Awam mereka telah menafikan khabar angin tersebut.

Berkenaan projek pemasangan rangkaian 5G, Huawei menyatakan mereka telah berjaya mengikat 25 kontrak komersial di seluruh dunia dan menghasilkan lebih 10,000 stesen 5G hingga kini. Mereka mensasarkan untuk mencapai keuntungan sebanyak USD100 Bilion tahun ini.

[Sumber: MobileWorld, CNBC]

Tags: Huawei 5G
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Harga internet akan turun hingga 25% tapi ia tidak selesaikan masalah rakyat majoriti

Huawei minta kerajaan buktikan mereka ancam keselamatan negara

20 December 2018
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER