• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua MVNO, Buzzme dan TRON tamatkan perkhidmatan Januari depan

  • OLEH Najib
  • 1:29 pm
  • 29/12/2018
  • Komen
Dua MVNO, Buzzme dan TRON tamatkan perkhidmatan Januari depan
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2019 bakal tiba, tetapi sudah ada dua berita sedih diumumkan. Dua operator rangkaian mudah alih maya (MVNO), BUzzme dan TRON, telah mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.

Jika anda pengguna salah satu rangkaian ini, anda disarankan untuk bertukar ke rangkaian lain jika mahu mengekalkan nombor telefon anda.



Buzzme

Bermula pada 2013, Buzzme merupakan perkhidmatan mudah alih di bawah Enabling Tech Asia. Ia menumpang rangkaian U Mobile dan baru sahaja dilancarkan semula untuk meluaskan lagi rangkaian mereka.

Tetapi Buzzme baru sahaja mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan telekomunikasi mereka sepenuhnya pada 31 Januari 2019. Pengguna sedia ada Buzzme dinasihatkan untuk bertukar ke perkhidmatan telekomunikasi lain selewatnya pada 28 Januari 2019, jika mahu mengekalkan nombor telefon mereka.



TRON

TRON pula dilancarkan pada 2011 dan menggunakan rangkaian Digi. Ia mengumumkan pemberhentian operasi sepenuhnya pada 17 Januari 2019. Dalam pengumuman tersebut, mereka menyatakan pemberhentian ini dibuat selepas perjanjian bersama yang tidak dapat dicapai di antara Digi dan TRON.

Pengguna sedia ada diberi pilihan untuk bertukar talian rakan TRON di TuneTalk atau ke talian perkhidmatan lain. Pengguna juga diberi pilihan untuk menamatkan perkhidmatan TRON dan mendapatkan bayaran balik jika ada.

Jika tiada sebarang tindakan diambil pada 17 Januari, talian pengguna TRON akan ditukarkan ke talian Digi secara automatik.

Untuk yang mahu mendapatkan bayaran balik, anda boleh membuat permohonan di sini. Permohonan dibuka dari 18 Disember 2018 sehingga 17 Januari 2019.

Tags: BuzzmeTRON
Najib

Najib

POPULAR

Dua MVNO, Buzzme dan TRON tamatkan perkhidmatan Januari depan

Dua MVNO, Buzzme dan TRON tamatkan perkhidmatan Januari depan

29 December 2018
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN