fbpx

Celcom bagi internet tanpa had percuma sempena Tahun Baru 2019

Tahun baru 2019 akan tiba dalam beberapa hari lagi. Celcom mahu meraikannya bersama semua pengguna, dengan memberikan internet tanpa had percuma dalam waktu terhad.

Semua pengguna pascabayar Celcom dan prabayar Xpax boleh menikmati internet tanpa had berkelajuan tinggi percuma, dari pukul 1am hingga 7am pada 1 Januari 2019. Dalam kata lain, internet burung hantu percuma.

Tetapi sebelum menikmatinya, pengguna perlu menebus ganjaran ini bermula dari hari ini, 30 hingga 31 Disember 2018 sebelum 11.59 tengah malam. Lepas membuat penebusan, baru akan terima internet percuma ini.

Penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi Celcom Life. Buka aplikasi, pergi ke bahagian My Notifications di bawah dan tekan pada Redeem Now di gambar Free Unlimited Internet. SMS pengesahan akan dihantar tidak lama kemudian.

Internet percuma ini sehingga jam 7 pagi 1 Januari 2019 sahaja. Selepas itu, pengguna akan dicaj harga biasa jika tidak memiliki sebarang pelan data.

Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh disemak di laman promosi Internet Tahun Baru Celcom.

BACA  Penggabungan Digi dan Celcom mungkin gagal dan tidak diteruskan