fbpx

Vivo NEX Dual Display sedia ditempah di Malaysia

Telefon pintar dengan dwi skrin pertama dari Vivo, NEX Dual Display Edition kini sedia ditempah di Malaysia. Ia dijangka akan mula diedarkan di Malaysia pada 10 Januari 2019.

Dua penjual telefon pintar telah ditemuiditemui  tempahan awal untuk Vivo NEX Dual Display ini, Mobile2Go dan DirectD. Kedua-duanya menyatakan ia adalah set Malaysia dengan jaminan pengedar tempatan.

Harga jualan Vivo NEX Dual Display ini ialah RM3,199, agak hampir dengan harga jualan di China iaitu RMB4998 (~RM3,037).

Vivo NEX Dual Display ini digerakkan oleh cip Snapdragon 845, bersama RAM sebanyak 10GB dan storan dalaman 128GB. Storan ini tidak boleh diperluaskan kerana tiada sokongan kad memori luaran.

Keunikan telefon ini ialah ia tidak memiliki kamera hadapan, serta dwi skrin. Skrin utama sebesar 6.39-inci HD Penuh+ dan skrin kedua pula 5.49-inci HD Penuh.

Kamera belakangnya memiliki tiga lensa. Lensa utamanya 12MP dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi. Lensa kedua 2MP dan lensa ketiga ialah lensa ToF 3D.

Bateri di dalamnya berkapasiti 3,500mAh dan ia menjalankan sistem operasi Android 9.0 Pie.

Kenali Vivo NEX Dual Display Edition lebih lanjut dalam laporan pengumuman kami di sini.

BACA  Microsoft terima kebenaran untuk menjual semula perisian kepada Huawei