Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sambungan utama TM ke Sabah Sarawak rosak akibat kerja pembangunan di Pahang

TM tengah malam tadi memaklumkan terdapat kerosakan kabel utama mereka di Cherating, Pahang menuju Alor Akar.

Kerosakan ini mungkin menjejaskan sambungan Malaysia Barat & Timur kerana ia merupakan tapak pendaratan utama trafik internet dari Sabah & Sarawak melalui kabel dasar laut untuk rangkaian pusat TM.

Menurut TM, kerosakan ini berlaku akibat kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tambah TM lagi, kerja pemulihan dijangka siap pada hari ini, 4 Januari 2019.

TM tidak pula memaklumkan pelanggan yang terkesan serta perkhidmatan apa yang terganggu akibat kerosakan ini. Kita akan menantikan maklumat lanjut dari TM menerusi Facebook TMgroup dan Twitter @myTMgroup.

BACA  Imri Mokhtar kembali ke TM sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Esekutif