fbpx

Mi Powerbank 3 Miliki Harga Bajet Tapi Mampu Cas Laptop Anda

Produk pek kuasa daripada Xiaomi memang terkenal dengan harga mampu milik serta berkualiti tinggi. Generasi ketiga Mi Powerbank 3 serta sesuatu yang pastinya bakal jadikan powerbank Xiaomi rebutan ramai. Ia kini dilengkapi teknologi USB-PD untuk mengecas masuk dan keluar.

Mungkin ia kedengaran remeh, tapi implikasinya agak besar. Antara yang sempat diuji Xiaomi untuk dicas adalah produk seperti:

  • MacBook Pro 13-inch 2016 (A1706)
  • MacBook Pro 13-inch 2017 (A1706)
  • MacBook Pro 15-inch 2017 (A1707)
  • MacBook Pro 13-inch 2016 (MLL42)
  • Macbook Pro 15-inch 2018
  • Macbook Pro 13-inch 2018
  • MacBook Pro 13-inch (A1708)
  • MacBook 13-inch (A1534)
  • ThinkPad New S2
  • ThinkPad T470 (1FCD)
  • ThinkPad X270
  • Millet Notebook Pro 15.6″ GTX Edition (171501-AQ)
  • Millet Laptop Pro 15.6″ (171501-AF)
  • Millet laptop Air 13.3″ (161301-FC)
  • Millet laptop Air 13.3″ (161301-FF)
  • Millet laptop Air 13.3″ (161301-FB)
  • Millet laptop Air 13.3″ (161301-01)
  • Millet Laptop Air 13.3″ (161301-EA)
  • Millet Laptop Air 12.5″ (161201-AA)
  • Dell XPS 13 9350
  • Dell XPS 13 9370
  • Dell Latitude 5480
  • HP Spectre x360-13-w021tu
  • HP Spectre -13-af001
  • HP EliteBook Folio G1
  • Glory MagicBook
  • HUAWEI MateBook (HZ-W09)
  • HUAWEI MateBook X
  • HUAWEI MateBook X Pro
  • HUAWEI MateBook E
  • ASUS Linghuan 3Pro (T303UA)
  • Google Pixelbook
  • Razer Blade Stealth 13
  • Samsung Chromebook Plus (XE513C24)

Secara teorinya, semua produk yang menyokong pengecasan masuk USB-PD mampu beroleh manfaat daripada powerbank yang mampu mengalirkan sehingga 45 W kuasa menerusi port USB-C-nya.

Selain mengalir keluar, powerbank ini juga boleh dicas menggunakan pengecas USB-PD yang ternyata memendekkan tempoh mengecas. Menurut mereka, daripada 11 jam mengecas menggunakan pengecas 10 W, ia hanya mengambil masa 4.5 jam jika pengecas 45 W digunakan.

Ada dua port USB-A hadir untuk mengecas gajet anda. Ia juga ada pengecasan pantas sehingga 18 W. Kapasiti tenaga yang dimilikinya agak besar iaitu 20,000 mAh.

BACA  Promosi sehari Xiaomi di Lazada Mid Year Festival pada 12 Julai

Tambah menarik, harga jualannya agak kompetetif. Pada RMB199 (RM119), harganya macam Mi Powerbank 2. Tidaklah diketahui sama ada ia akan tiba di Malaysia.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.