fbpx

Asus Wujudkan Komputer Jenis Baru Dengan ROG Mothership

Apabila terpasang, rupanya seperti sebuah Microsoft Surface. Tapi padanya tiada bateri dan skrin sesentuh untuk melayakkannya jadi tablet. Papan kekunci boleh tanggal dan spesifikasi dalamannya seperti ditujukan pada gamers yang dalam golongan hardcore.

Itulah ROG Mothership, produk terbaru daripada Asus yang hadir dalam bentuk yang unik, menyukarkan kita nak letakkannya dalam kategori mana. Asus menyatakan ia adalah pengganti komputer desktop dengan tahap mobiliti yang tinggi. Tapi pada masa yang sama, tiada sebarang kompromi berlaku pada bahagian prestasi.

Pada spesfikasi asas, ia dikuasakan Intel Core i9-8950K dengan GPU RTX 2080. Ia menampung RAM sehingga 64GB dengan storan sehingga 3 keping SSD NVMe seluas 512GB setiap satu.

Gaming dilakukan melalui paparan 17.3″ beresolusi HD penuh bertemankan sepasang speaker stereo. Berat keseluruhan Mothership adalah 4.7kg. Port I/O pada komputer ini juga lengkap. Ada terima port USB-A, USB-C dengan sokongan Thunderbolt 3, HDMI 2.0, jek audio, dan port RJ45.

Selain ROG Mothership, Asus turut mengumumkan naik taraf barisan laptop ROG konvesional mereka. Semuanya kini dikuasakan GPU RTX siri 20. Model-model yang dikemas kini adalah seperti:

  • ROG G703
  • ROG Zephyrus S GX701
  • ROG Zephyrus S GX531
  • ROG Strix SCAR II GL504
  • ROG Strix SCAR II GL703
  • ROG Strix Hero II GL504

BACA  Yoodo bagi 2GB data & 60 minit percuma sempena kejayaan atlet sukan SEA Malaysia