fbpx

Pantau kuota dan beli terus Pelan Internet Digi dari tetapan Android

Pelanggan Digi yang menggunakan telefon pintar Android, tidak lama lagi boleh membeli pelan internet dengan lebih mudah. Tak pelu muat turun aplikasi, menghantar SMS atau mendail USSD, pelan internet Digi boleh dibeli terus dari dalam tetapan sistem operasi Android.

Ia merupakan hasil kolaborasi antara Google, kumpulan Telenor dan Digi. Pembinaan API Pelan Data Mudah Alih ini bermula sejak tahun 2016, dengan fungsi awalnya untuk menghantar notifikasi kepada pelanggan apabila kuota data mereka hampir habis digunakan semasa menonton video menerusi aplikasi YouTube.

Pantau kuota dan beli pelan internet dalam tetapan Android

Dengan cara ini, pengguna Digi boleh memantau penggunaan data internet mereka dan membuat pembelian pelan internet dari antaramuka yang sama dengan mudah. Pengguna boleh menerima notifikasi terkini mengenai status pelan data mereka, serta meneliti tawaran data yang relevan dengan mereka.

Digi memaklumkan, tetapan ini akan boleh digunakan di telefon pintar Android yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan ke atas.

Buat masa ini, Digi sedang menjalankan ujian penggunaan bersama sebahagian pelanggan terpilih. Ciri baharu ini akan dilancarkan kepada semua pengguna secara berperingkat.

BACA  Telefon Berbateri 6,000mAh Samsung Diberi Nama Galaxy M30s