fbpx

Pengeluar Telefon Android Dikesan Guna Cara Keji Untuk Pastikan Bateri Telefon Tahan Lama

Anda tak boleh nafikan yang teknologi bateri pada telefon pintar tidak berkembang selari dengan teknologi-teknologi yang dikuasakannya. Sedang CPU bertambah teras demi teras dan fabrikasi menjadi semakin kecil, tiada perubahan besar berlaku pada bateri sejak sekian lama. Tapi bagaimanakah pengeluar Android memastikan bateri yang dibekalkan bersama telefon berikan waktu penggunaan yang kompetetif?

Sekumpulan penyelidik disebalik laman web Don’t kill my app! menilai semua produk telefon Android daripada pengeluar utama tentang cara pengurusan bateri. Mereka mendapati bahawa pengeluar peranti mengimplimentasikan beberapa cara untuk memastikan Screen-on-Time peranti di tahap maksimum. Malahan skor diberikan kepada OEM ini.

Skor OEM oleh Don’t Kill My APP

Contohnya, Nokia adalah yang paling tegas dalam pengurusan baterinya. Ia dilaporkan mematikan apa-apa proses latar selepas 20 minit, walaupun proses itu telah disenaraiputihkan oleh pengguna. Penyelidik menemui aplikasi com.evenwell.powersaving.g3 yang bertanggung jawab dengan kawal selia bateri pada produk telefon Nokia.

Nokia dilaporkan paling agresif mengawal selia bateri

Akibatnya, telefon Nokia adalah calon yang paling teruk untuk dijadikan pengejut pagi anda sebab APP pengera mungkin tidak boleh dijalankan.

HTC dan Stock Android adalah yang paling mesra. Bukannya mereka tidak menerapkan apa-apa kaedah pengursan bateri, sebaliknya ia mengikut kehendak penggunanya. Battery Optimization adalah fungsi yang sedia terbina pada sistem operasi Android. Ia boleh digunakan pengguna untuk menyenaraiputihkan APP yang dikehendaki dan sistem tidak akan menganggu proses latarnya.

Antara Nokia dan HTC pula, kita ada mengikut turutan, OnePlus, Xiaomi, Huawei, Meizu, Sony, dan Samsung.

[Sumber: Don’t Kill My App]

BACA  Galaxy S8 selamatkan nyawa 20 penumpang bot terbalik di tengah lautan