fbpx

Samsung akan perkenal siri baru Galaxy M pada 28 Januari

Desas-desus tentang pelancaran siri baru telefon pintar Samsung kini telah disahkan. Galaxy M telah diumumkan akan dilancarkan di India, pada 28 Januari 2019. Galaxy M dikatakan akan menjadi barisan telefon pintar mampu milik dari Samsung, dengan spesifikasi yang lebih baik seperti skrin dan bateri yang lebih besar.

Dari laman mikro yang disediakan oleh Samsung India, ia memberi petunjuk beberapa ciri-ciri Galaxy M yang akan dilancarkan. Antaranya ialah skrin nirbingkai Infinity-V yang memiliki takuk kecil titisan air.

Ia diikuti dengan dwi-lensa kamera belakang dengan keupayaan ultra lebar. Kamera ini dijangka akan terdapat pada Galaxy M20.

Seterusnya adalah tarikan utama untuk siri-M, bateri yang besar. Dikhabarkan sebelum ini, Galaxy M20 akan datang dengan bateri 5,000mAh. Malah, ia menyokong pengecasan pantas. Dari gambar yang terdapat di laman mikro tersebut, ia kelihatan seperti port USB-C.

Peranti yang akan diumumkan ini dikatakan sangat lancar dengan pemproses berkuasa tinggi. Galaxy M20 nanti mungkin akan menggunakan pemproses kelas pertengahan, Exynos 7885 bersaam RAM sebanyak 3GB.

Siri baru Galaxy M ini akan dilancarkan di India pada 28 Januari 2019. Ia dijangka akan menjengah pasaran antarabangsa tidak lama selepas itu. Harganya pula dikatakan akan diletakkan di bawah RM1,000. Jika benar, ia akan bersaing dengan model seperti Redmi Note 7Realme 2 Pro dan Zenfone Max Pro M2.

[Sumber: Samsung India, Sammobile]

BACA  Gambar terbocor aksesori Galaxy Note 10 mengesahkan ketiadaan jek audio