• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pandu kereta SOCAR secara percuma ke Pulau Pinang

  • OLEH Najib
  • 8:38 pm
  • 16/01/2019
  • Komen
Pandu kereta SOCAR secara percuma ke Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan sewa kereta melalui aplikasi mudah alih, SOCAR kini meluaskan servis mereka ke utara tanah air. Lebih tepat lagi, di Pulau Pinang. Bersama ini, mereka memperkenalkan promosi perjalanan sehala percuma, untuk pengguna memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Untuk menikmati promosi ini, pengguna perlu memasukkan terlebih dahulu kod promosi PENANG di dalam aplikasi SOCAR. Promosi ini akan mengecualikan bayaran sehala serta memberikan sewaan percuma selama 24 jam.



Bagaimanapun, pengguna perlu memulangkan kenderaan ke pusat membeli-belah Queensbay Mall open site #6 atau #7. Seperti biasa, petrol adalah percuma sebanyak 20KM untuk setiap jam. Sewaan selama 24 jam pula memberikan perjalanan percuma sejauh 240KM. Promosi sehala percuma ke Pulau Pinang ini berjalan sehingga 31 Januari 2019.

Tetapi perlu diingatkan, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pastinya lebih dari 240KM. Mengikut aplikasi SOCAR, jarak terus dari Petaling Jaya ke Queensbay Mall ialah sejauh 280KM. Manakala jalan yang sebenar, sudah pasti lebih dari itu. Sudah pasti pengguna mahu singgah ke beberapa tempat lain, jadi perjalanan menjadi lebih jauh.



Jika jarak perjalanan melebihi jarak percuma tadi, pengguna perlu membayar sebanyak RM0.25 setiap kilometer. Katakanlah jumlah jarak perjalanan ialah 360KM, bermakna terlebih 120KM. Maka pengguna perlu membayar tambahan sebanyak RM30.

Seperkara lagi, masih tiada servis SOCAR dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur buat masa ini. Jadi pengguna perlu mencari pengangkutan lain jika mahu pulang ke Kuala Lumpur.

Untuk mereka yang masih belum mendaftar, SOCAR kini menjalankan promosi diskaun 50% untuk pendaftaran. Harga biasa ialah RM50, tetapi dengan promosi ini pengguna baru hanya perlu membayar RM25 untuk pendaftaran. Promosi ini berjalan sehingga 14 Februari 2019. Sebagai pengguna baru, anda juga akan menerima kupon 3 jam percuma untuk tempahan pertama.

Tags: Pulau PinangSOCAR
Najib

Najib

POPULAR

Pandu kereta SOCAR secara percuma ke Pulau Pinang

Pandu kereta SOCAR secara percuma ke Pulau Pinang

16 January 2019
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN