• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Waspada Dengan #10yearschallenge, Ia Mungkin Konspirasi Melombong Data Besar-Besaran

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:07 pm
  • 16/01/2019
  • Komen
Waspada Dengan #10yearschallenge, Ia Mungkin Konspirasi Melombong Data Besar-Besaran
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda gemarkan teori konspirasi, anda pastinya sukakan artikel ini. Pernahkah anda dengar tentang cabaran terbaru yang viral sekarang yang dipanggil #10yearschallenge?

Jika anda menyahut cabarannya, anda perlu mengutuskan gambar wajah anda dalam tahun 2009 dan 2019, kononnya untuk lihat perbezaan selepas 10 tahun di Facebook, Instagram, dan Twitter.



 

View this post on Instagram

 

#10yearchallenge ?

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on Jan 15, 2019 at 7:09am PST

Contoh utusan berkaitan #10yearchallange

Nampak seperti seronok tapi ada pihak membangkitkan kerisauan yang ada asasnya. Soalannya mudah saja:



Mungkinkah ini adalah komplot untuk melombong data secara besar-besaran untuk disuap pada kecerdasan buatan?

Kenapa dakwaan ini berasas?

Katakanlah anda ingin melatih satu kecerdasan buatan (AI) untuk meneka umur melalui wajah seseorang. Sudah tentu anda akan mencari gambar wajah dan masukkan data umur pada gambar itu sebelum disuapkan AI.

Penerangan baik tentang bagaimana AI belajar main Super Mario

Tapi, proses ini pastinya menjerihkan dan memakan masa yang banyak. Mengapa tidak sumber luarkan proses ini pada netizen yang mengepos jutaan selfie setiap hari?

Tambah menarik, mengepos gambar wajah dengan jarak umur 10 tahun, sudah cukup memberitahu AI yang ingin belajar tentang data umur daripada gambar yang diutuskan.

Lebih menarik, ia percuma!

Apa gunaaya AI yang mampu kenal pasti umur daripada wajah?

Data untuk AI adalah seperti ilmu untuk manusia. Apa-apa jenis data tak kiralah berguna atau tidak, ia tetap “ilmu” dan boleh mempegaruhi tindakan AI.

Tapi sekiranya AI mampu mengenal pasti umur daripada wajah, ada beberapa aplikasi yang berkemungkinan boleh dimanfaatkan. Contohnya, ia membolehkan syarikat pengiklan menujukan iklan berdasarkan umur sasaran.

Kita dah ada teknologi pengecaman wajah, pengecaman usia adalah langkah seterusnya

Yang kedua adalah, ia boleh digunakan untuk mencari orang yang hilang. Polis di New Delhi melaporkan berjaya menjejak sekitar 3,000 kanak-kanak hilang menggunakan teknologi pengecasan wajah.

Kesimpulan

Walaupun adegan yang dibincangkan di atas cumalah hipotesis. Tapi pengguna perlu dimaklumkan tentang potensi penyalahgunaan data yang mereka kongsikan di Internet.

Dalam kes #10yearchallenge, sungguhpun ia nampak seronok kerana boleh mengimbau kenangan lampau, masih ada pihak yang sentiasa mencari peluang untuk mengekstrak sebanyak data yang boleh untuk kepentingan sendiri.

Apa pendapat anda tentang teori konspirasi ini?

[Sumber: WIRED, gambar pemuka]

Tags: ai
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Waspada Dengan #10yearschallenge, Ia Mungkin Konspirasi Melombong Data Besar-Besaran

Waspada Dengan #10yearschallenge, Ia Mungkin Konspirasi Melombong Data Besar-Besaran

16 January 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN