• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Iridium NEXT Tanda Bermula Era Baru Dalam Internet Menggunakan Satelit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:27 pm
  • 17/01/2019
  • Komen
Iridium NEXT Tanda Bermula Era Baru Dalam Internet Menggunakan Satelit
Share on FacebookShare on Twitter

Iridium Communications Inc. hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan jalur lebar Iridium Certus. Berbanding perkhidmatan sedia ada, mereka menyatakan yang teknologi baru ini menyediakan:

1. Jalur lebar global sebenar
2. Sambungan Internet mudah alih lebih pantas
3. Perkhidmatan suara yang berkualiti tinggi



Iridium Certus adalah gugusan satelit komunikasi yang terdiri daripada satelit NEXT. Ia dibangunkan untuk menggantikan teknologi lama yang digunakan sejak tahun 1997. 10 NEXT yang pertama sudahpun dilancarkan 11 Januari yang lalu.

Oleh sebab ia direka untuk ada fungsi backward-compatibility dengan sistem yang lama, Iridium boleh terus mengaktifkan NEXT tanpa perlu menunggu NEXT yang seterusnya dilancar masuk ke orbit.



Untuk pengguna biasa seperti kita, beberapa manfaat bakal dinikmati daripada Iridium Certus. Antaranya adalah kemudahan sambungan Internet ataupun telefoni menggunakan satelit akan jadi lebih mudah diakses dan barangkali lebih murah.

Antara pelanggan awal Iridium Certus adalah Rocky Mountaineer, sebuah syarikat kereta api mewah di Canada. Laluan yang dilalui kereta api ini adalah laluan bersejarah yang tidak dibangunkan bagi menjaga keaslian sejarahnya. Dengan adanya Iridium Certus, penumpang kereta api boleh mengutus selfie mereka sesegera yang mungkin tanpa perlu menunggu tiba ke destinasi.

[Sumber: Iridium Certus]

Tags: iridiumiridium nextkomunikasisatelit
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Iridium NEXT Tanda Bermula Era Baru Dalam Internet Menggunakan Satelit

Iridium NEXT Tanda Bermula Era Baru Dalam Internet Menggunakan Satelit

17 January 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN