• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung mahu ubah guna plastik kepada bahan lebih mesra alam

  • OLEH Najib
  • 6:35 pm
  • 28/01/2019
  • Komen
Samsung mahu ubah guna plastik kepada bahan lebih mesra alam
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Electronics hari ini mengumumkan langkah baru mereka untuk menggantikan penggunaan pembungkusan plastik, kepada kertas dan bahan lain yang lebih mesra alam. Ia akan dimulakan dari pertengahan pertama tahun ini.

Pembungkusan produk Samsung seperti telefon pintar, tablet dan pelbagai peralatan rumah, akan digantikan dengan unsur alam sekitar yang mampan seperti plastik bio-degradable dan boleh dikitar semula, serta kertas.



Untuk merombak pembungkusan produk ini, Samsung Electronics telah membentuk satu kumpulan petugas khas melibatkan rekaan dan pembangunan, pembelian, pemasaran dan pengawalan kualiti bagi menjana idea untuk mencipta inovasi dalam pembungkusan.

Untuk permulaan, bagi produk telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai, Samsung akan menggantikan plastik yang digunakan sebagai tempat meletak peranti di dalam kotak, kepada kertas pulpa. Pembalut plastik aksesori pula digantukan dengan bahan yang lebih mesra alam.



Samsung juga akan mengubah rekaan pengecas seperti menggantikan permukaan berkilat di luar kepada kemasan matte dan menghapuskan penggunaan filem pelindung plastik.

Plastik yang digunakan untuk melindungi permukaan peralatan rumah seperti TV, peti ais, pendingin hawa dan mesin basuh serta peralatan dapur lain, juga akan digantikan dengan bahan mesra alam dan bioplastik. Ia diperbuat dari plastik terbuang yang dikitar semula dan bahan bukan fosil seperti kanji dan tebu.

Bagi penggunaan kertas, Samsung hanya akan menggunakan bahan gentian yang diperakui oleh badan alam sekitar antarabangsa, seperti Forest Stewardship Council, Programme for the Endorsement of Forest Certification Scheme dan juga The Sustainable Forestry Initiative for packaging and manuals menjelang tahun 2020.

[Smber: Samsung]

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Samsung mahu ubah guna plastik kepada bahan lebih mesra alam

Samsung mahu ubah guna plastik kepada bahan lebih mesra alam

28 January 2019
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER