45 Tahun Berhubungan Dengan Malaysia, China Gubah Lagu Khas Untuk Raikannya

Secara rasmi, Malaysia dan China memulakan hubungan diplomatik pada 1974. Ketika itu, Malaysia diterajui oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein. Malaysia pernah menjadi rakan dagang terpenting dalam ASEAN untuk China, lima tahun berturut-turut daripada 2008 hingga 2014. Pada tahun 2013, urus niaga kita bersama China mencecah USD 106 billion.

Bersempena dengan ulang tahun ke-45 hubungan dua hala itu, Facebook rasmi kedutaan China di Malaysia telah memuat naik satu muzik video lagu bertajuk “Bahu Kiri”.

Lagu dalam bahasa China itu dinyanyikan oleh Lee Pei Ling dan Masya. Lee Pei Ling pernaih bersaing di peringkat akhir rancangan realiti paling popular China, Sing! Chinamanakala Masya adalah pemenang Ceria Popstar 2 tahun 2014.

Bahu Kiri

Cahaya mentari menembusi
awan yang bergumpal-gumpal,

Gunung-ganga yang tinggi
sama-sama kita mendaki,

Hanya sekilas toleh,
senyummu yang mesra menyentuh hatiku

Sahabat sejati
tidak akan berpisah jarak dan waktu,

Menyaksikan Laut China Selatan
sebagai satu sanjungan yang memilukan,

Kita berkongsi segaris sisiran pantai
yang menjadi jalinan perpaduian,

Pasti ada rintangan,
namun kau menenteramkan hatiku

Teman sepanjang hayat
yang setia dan jujur,

Hari menjelang siang
namu hujan belum reda,

Kita tetap duduk bersampingan,

Ikatan persahabatan tidak akan terputus,

Ombak datang dan bawaku pergi,

Bahu kananku menghalang angin dan hujan untukmu,

Bahu kiriku untukmu berpaut.

BACA  Peranti misteri yang tiba bersama Realme 3 Pro miliki harga mampu milik