• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DxOMark sangkal dakwaan kamera Pocophone F1 lebih baik dari iPhone X dan Galaxy Note 9

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 30/01/2019
  • Komen
DxOMark sangkal dakwaan kamera Pocophone F1 lebih baik dari iPhone X dan Galaxy Note 9
Share on FacebookShare on Twitter

Pocophone F1 menghasilkan ribut taufan tahun lepas apabila menawarkan peranti berkuasa Snapdragon 845 paling murah dalam pasaran. Kejutan ini ditambah apabila undian awam yang dilakukan YouTuber popular, MKBHD, meletakkan Pocophone F1 di tempat kedua.

MKBHD sendiri terkejut dan kecewa dengan pilihan orang ramai yang menewaskan iPhone X dan Galaxy Note 9 dalam undian tersebut. Beliau merumuskan, ramai orang gemarkan gambar yang kelihatan lebih cerah berbanding ketelitian gambar. Malah, ujian yang dibuat semasa gambar dibandingkan, tidak menguji kekuatan sebenar kamera menyebabkan gambar dari Pocophone F1 kelihatan lebih menarik.



Perkara ini dijelaskan dengan teliti dalam ujian kamera oleh penguji terkemuka, DxOMark. Mereka memberikan markah keseluruhan sebanyak 91 buat Pocophone F1, jauh lebih rendah dari kamera terbaik di ujian DxOMark, iaitu Huawei Mate 20 Pro dengan 108 markah.

Markah yang diperolehi oleh Pocophone F1 ini meletakkannya di bawah beberapa model telefon lama seperti iPhone 8, Galaxy Note 8, Mi MIX 2S dan Pixel 2.



Dalam laporan DxOMark, Pocophone F1 memiliki kamera yang biasa. Ia boleh mengambil gambar yang baik dalam suasana cerah dan objek kurang bergerak. Tetapi ia berupaya mengambil gambar waktu malap dengan lebih cerah, kebanyakan masanya mengatasi iPhone X. Cuma ia memiliki hingar lebih tinggi berbanding peranti berkuasa tinggi, seperti saudaranya Mi 8.

Lensa kedua di kamera belakang digunakan untuk mengesan tahap kedalaman, ini membolehkannya menghasilkan gambar bokeh yang baik. Tetapi ia masih mengalami masalah untuk membezakan jarak objek, seperti di celah jari dan rambut.

Kelemahannya semakin jelas apabila menangkap jarak jauh, kerana tiada lensa telefoto. Menggunakan zum digital, hasilnya kelihatan lebih hingar berbanding telefon lain yang memiliki lensa telefoto.

Autofokus di Pocophone F1 sangat pantas walaupun telefon banyak bergerak untuk mengambil gambar. Malah ia menangkap fokus dengan baik di dalam rakaman video. Selain itu, rakaman video juga lebih stabil dengan bantuan Penstabil Imej Elektronik (EIS).

DxOMark juga mendapati tahap keseimbangan putih (white balacne) Pocophone F1 agak tersasar apabila ia kelihatan terlalu hijau.

Pendek kata, jika anda mencari kamera yang terbaik, Pocophone F1 bukanlah calonnya. Walaupun untuk harga di bawah RM1,500, pilihan yang lebih sesuai adalah seperti saudaranya Mi MIX 2s dan Mi 8. Tetapi untuk prestasi semata, Pocophone F1 sentiasa berada di senarai teratas untuk flagship bajet.

[Sumber: DxOMark]

Tags: dxomarkPocophonePocophone F1
Najib

Najib

POPULAR

DxOMark sangkal dakwaan kamera Pocophone F1 lebih baik dari iPhone X dan Galaxy Note 9

DxOMark sangkal dakwaan kamera Pocophone F1 lebih baik dari iPhone X dan Galaxy Note 9

30 January 2019
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN