fbpx

#khabarbaik unifi umum lebih 90% pengguna berjaya dinaiktaraf ke Turbo

Telekom Malaysia (TM) hari ini menerusi Unifi, mengadakan majlis pelancaran gerakan #khabarbaik, yang bakal membawakan lebih banyak berita baik buat rakyat Malaysia. Ia menggambarkan komitmen Unifi kekal berinovasi dan memahami kehendak pelanggannya.

Khabar baik terawal dimulakan dengan pengenalan pelan pascabayar Unifi Mobile, dari serendah RM19 sebulan. Ia telah diumumkan tahun lepas, memberi pilihan kepada pengguna selain pelan tanpa had RM99.

Sempena Tahun Baru Cina akan datang, Unifi memberikan 8GB data bonus bersama langganan Dim Sum percuma selama 90 hari, buat pelanggan baru pascabayar Unifi Mobile.

Dalam majlis ini, pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed, berkongsi perkembangan naiktaraf Unifi Turbo dan Streamyx. Unifi berhasrat untuk menyelesaikan aktiviti naiktaraf kelajuan ini pada bulan Mac 2019.

Sehingga kini, lebih 910,000 pelanggan unifi dan lebih 66% dari 340,000 pelanggan Streamyx di kawasan liputan Unifi, telah berjaya dinaik taraf. Semuanya pada harga yang sama dengan pelan semasa mereka. Baki 130,000 pelanggan Streamyx yang belum menerima naiktaraf percuma, digalakkan berbuat demikian segera, jelas Mohar.

Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed

Unifi juga semakin aktif berinteraksi di media sosial. Mereka sentiasa memberi khabar #UnifiAlerts jika berlaku sebarang gangguan bekalan servis dan perkidmatan.

Inilah gelombang pertama #khabarbaik unifi. Lebih banyak perkembangan akan diberikan menerusi sambungan yang lebih baik, pengalaman pelanggan yang lebih lengkap dan gaya hidup digital menyeluruh ke seluruh Malaysia, tambah Mohar.

BACA  #KhabarBaik TM minggu depan ialah Unifi AIR?