• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nasi Lemak pilihan enjin carian Google hari ini

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 31/01/2019
  • Komen
Nasi Lemak pilihan enjin carian Google hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Nasi Lemak merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Asalnya makanan pilihan waktu sarapan, ia kini dinikmati sepanjang masa, tidak kira siang atau malam.

Menariknya, enjin carian Google hari ini memilih Nasi Lemak sebagai doodle mereka. Tidak pula dinyatakan kenapa mereka berbuat demikian, selain mahu meraikan sahaja makanan pilihan utama rakyat Malaysia, yang turut popular di Singapura dan Thailand.



Doodle di enjin carian Google ini memiliki pautan yang membawa kepada video di YouTube. Ia menunjukkan bagaimana cara nasi lemak dibuat, bermula dari beras dan santan, diikuti telur rebus bersama hirisan timun dan bawang, disertakan ikan bilis dan sambal, akhirnya disajikan bersama pelbagai lauk-pauk.

Kelakarnya, Google menyatakan salah satu asal-usul nama nasi lemak berdasarkan satu cerita legenda. Seorang anak perempuan secara tak sengaja menumpahkan santan ke dalam periuk berisi beras. Apabila ditanya apakah yang beliau masak, anak perempuan itu menjawab, “Nasi le, Mak”, dalam slanga pantai barat. Boleh le, ada logik di situ.



Salah satu tempat nasi lemak kegemaran penulis ialah di Medan Selera Jalan 223, Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak 222. Di situ, terdapat dua penjual nasi lemak yang popular, dengan gelaran cop merah dan cop biru. Ini kerana mereka menggunakan warna cop di bungkusan nasi lemak mereka. Penulis lebih suka memilih cop merah kerana sambalnya yang lebih pedas, tetapi kadang-kadang akan makan cop biru kerana mahu sambal paru.

Apa pula nasi lemak kegemaran anda? Ada tak kisah menarik di sebaliknya? Jom kongsikan melalui ruang komen dan raikannya bersama Google.

Tags: DoodleGoogleNasi Lemak
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nasi Lemak pilihan enjin carian Google hari ini

Nasi Lemak pilihan enjin carian Google hari ini

31 January 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN