• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple tewas dengan Samsung setelah sekian lama di puncak

  • OLEH Najib
  • 8:42 pm
  • 31/01/2019
  • Komen
7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung sebenarnya peneraju jualan telefon pintar di dunia. Samsung sentiasa menjuarai carta jualan telefon pintar, kecuali pada suku ke-4 tahunan. Pada suku ini, biasanya Apple akan mendahului Samsung, tetapi Apple gagal mempertahankannya tahun lepas.

Laporan terbaru dari IDC berkenaan jualan telefon pintar dunia pada suku ke-4 2018 menunjukkan penurunan jualan telefon pintar dunia, berbanding suku yang sama 2017. Penurunan sebanyak 4.9% memperlihatkan jualan telefon pintar dunia pada suku ke-4 2018 sebanyak 375.4 juta unit, berbanding 394.6 juta unit pada suku ke-4 2017.



Walaupun Samsung mencatat penurunan, jualan Apple jatuh lebih teruk membuatkan mereka jatuh ke tangga ke-2. Nasib baik, jualan Apple masih lebih banyak berbanding Huawei di tempat ketiga.

Bagaimanapun, Huawei mencatat peningkatan tertinggi dalam laporan ini, sebanyak 43.9%. Dua lagi syarikat China mengisi tempat ke-4 dan ke-5, turut menunjukkan peningkatan jualan. Jualan OPPO naik sebanyak 6.8% dengan 29.2 juta unit dijual, manakala Xiaomi naik sebanyak 1.4% dengan jualan sebanyak 28.6 juta.



Jualan iPhone yang teruk tahun lepas memaksa Apple mengurangkan penghasilan telefon pintar keluarannya. Apple juga dilaporkan tidak akan menghasilkan model 5G tahun ini, kerana masalah perundangan dengan Qualcomm. Tetapi Apple memang sudah dikenali sebagai pengeluar paling lambat mengeluarkan model dengan rangkaian yang baru.

Walaupun produk Apple yang lain mencatat kenaikan keuntungan, seperti Mac dan iPad, ia masih kecil berbanding keuntungan yang dijana oleh jualan iPhone. Suku ke-4 2018 menyaksikan keuntungan Mac meningkat 9% kepada USD7.4 bilion dan iPad pula meningkat 17% kepada USD6.7 bilion. Keuntungan servis pula mencatat kenaikan 19% kepada rekod USD10.9 bilion.

Tetapi jumlah semua keuntungan ini masih tidak dapat menandingi keuntungan iPhone pada tempoh yang sama, iaitu USD52 bilion.

[Sumber: IDC, CultOfMac]

Tags: appleidciphone
Najib

Najib

POPULAR

7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai

Apple tewas dengan Samsung setelah sekian lama di puncak

31 January 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN