Webe Nex.Life hanya terdapat di Pantai Timur

Awal minggu ini kami melaporkan tentang Nex.Life, sebuah pelan internet di rumah dan mudahalih tanpa had yang ditawarkan oleh webe, anak syarikat kepada Telekom Malaysia (TM). Harganya cuma RM100/bulan. Jika berminat untuk melanggan, ia hanya boleh didapati di dua negeri sahaja, Kelantan Dan Terengganu.

Perkara ini dimaklumkan oleh Nex.Life menerusi Facebook mereka. Diterangkan lagi, buat masa ini ia terdapat di lokasi berikut:

Kelantan:- Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa and Salor.
Terengganu: Kuala Terengganu, Chendering, Bukit Payung and Gong Badak.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web Nex.Life. Jika berjaya, kontraktor TM akan datang ke rumah untuk memasang kabel fiber dan memberi kad SIM.

Kalau anda belum tahu, pelan Nex.Life menawarkan internet jalur lebar tetap di rumah dengan kelajuan 20Mbps bersama internet mudahalih 4G LTE tanpa had, kesemuanya hanya RM100/bulan. Ia memiliki kuota 3G sebanyak 500MB/bulan, dan perlu dibeli jika mahu kuota 3G ditambah.

Nex.Life tidak menyediakan servis panggilan di rumah manakala panggilan dan SMS di talian mudah alih pula dicaj sebanyak 20sen/minit (1 blok panggilan 60-saat) dan SMS pula 15sen setiap satu.

Menariknya, Nex.Life mengenakan kontrak selama 12 bulan sahaja, tetapi ia tidak memberi router WiFi percuma. Mereka ada menyenaraikan router WiFi yang sesuai digunakan di sini.

[Sumber: SoyaCincau]

BACA  Selepas Huawei, dron dari China jadi sasaran kerajaan Amerika Syarikat