fbpx

Komputer Yang Tiada GPU Pun Boleh Jalankan PUBG Lite

Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah permainan yang hanya dinikmati oleh golongan atasan dalam PC Master Race dek keperluan spesifikasi teknikal yang agak tinggi. Pembangunnya sudahpun melancarkan versi lite kepada PUBG tetapi hanya dibuka untuk Thailand. Namun, tak lama lagi, anda yang berada di Malaysia turut boleh menyertai program beta PUBG Lite.

Pemain yang berada dalam wilayah Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Singapura boleh mula bermain PUBG LIte pada 14 Februari ini. Sebab ia dinamakan PUBG Lite adalah kerana keperluan spesifikasi teknikal komputer yang lebih rendah berbanding permainan asal.

Menurut sumber rasmi, PUBG Lite boleh dijalankan di komputer yang dikuasakan Intel Core-i3 dan tiada kad GPU sekalipun. Keperluan storan juga lebih rendah iaitu 4GB sahaja.

Walaupun ada dalam versi telefon pintar, tapi pengalaman menggunakan tetikus dan papan kekunci adalah lebih memuaskan. Anda dah bersedia untuk berburu di komputer kentang anda? Jika ya, anda boleh lakukan pendaftaran akaun sebelum hari pelancarannya di sini.

[Sumber: PUBG Corp]

BACA  Produk Audio Sony 1000X Terima Ahli Baru Berupa Earbud Wayarles