fbpx

Siti Nurhaliza Peragakan Vivo V15 Dengan Kamera Selfie Pop-up

Living legend Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam satu video teaser yang dimuat naik Vivo Malaysia dilihat mengambil selfie menggunakan sebuah telefon yang masih belum dilancarkan di Malaysia iaitu Vivo V15. Dia juga memberitahu penonton yang telefon ini tiba di Malaysia tak lama lagi.

Kali terakhir siri V dilancarkan di Malaysia adalah V11 yang diperkenal kepada pasaran kita pada September tahun lalu. Kelainan yang ditampilkan V15 berbanding V11 adalah seperti paparan berbingkai nipis tanpa notch ataupun skrin berlubang. Sebalinya, kamera selfienya menggunakan mekanisme pop-up seperti Vivo NEX.

Maklumat lanjut seperti spesfikasi belum lagi dikongsikan tetapi menurut sumber tak rasmi, ia adalah telefon kelas pertengahan yang diperkasa Snapdragon 675 bersama-sama RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB.

Untuk bahagian pengimejan, Vivo V15 dijangkan memiliki kamera selfie paling tinggi bilangan pikselnya iaitu 32MP. Pada kamera belakang, konfigurasi trikamera digunakan iaitu gabungan sensor 48MP, 8MP, dan 5MP.

BACA  Rangkaian Wimax Yes telah ditamatkan perkhidmatannya