fbpx

SKMM mahu rakyat cakna berita terkini industri komunikasi dan multimedia Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini mengumumkan, akan setiasa melaporkan kemaskini kepada rakyat mengenai pelbagai inisiatif berkaitan industri komunikasi dan multimedia. Laporan ini akan diberikan dari semasa ke semasa bagi memberi perhatian utama kepada fasa pertumbuhan industri negara.

Rakyat Pemegang Saham Terbesar

Menurut Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak, rakyat merupakan pihak berkepentingan utama kepada SKMM. Justeru itu, adalah tepat untuk memasukkan rakyat sebagai sebahagian dalam perjalanan pertumbuhan industri, yang menjadi aspek utama dalam kehidupan seharian dan pemangkin untuk memacu pembangunan ekonomi.

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak

Projek Rintis NFCP

SKMM baru-baru ini telah melancarkan projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Jasin, Melaka. Ia dijayakan dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka, Majlis Perbandaran Jasin dan Setia Haruman Technology (anak syarikat Tenaga Nasional Berhad).

Jelas Al-Ishsal, kejayaan projek rintis NFCP di Jasin membolehkan rakyat menikmati kelajuan internet sehingga 1Gbps. SKMM akan terus komited untuk memastikan masyarakat luar bandar di seluruh negara menerima jalur lebar berkelajuan tinggi, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memacu pertumbuhan eknomi yang saksama dan inklusif.

Al-Ishsal turut mengakui, walaupun kedudukan jalur lebar negara meningkat di mata dunia, masih banyak perlu dilakukan terutama untuk pengguna yang masih bergantung pada infrastruktur tembaga. Selain naiktaraf tembaga kepada gentian optik, pelbagai alternatif telah diketengahkan seperti melaksanakan teknologi tanpa wayar berkelajuan tinggi.

Pasukan Petugas 5G

Selain itu, SKMM juga telah menubuhkan Pasukan Petugas 5G yang terdiri dari lebih 50 ahli dari pelbagai pihak berkepentingan seperti pemegang lesen industri komunikasi dan multimedia, persatuan perniagaan, vendor teknologi, pihak akademik, kementerian dan agensi berkaitan, untuk membangunkan satu strategi bersepadu bagi pelaksanaan 5G di Malaysia. Pasukan ini telah bermesyuarat sebanyak dua kali sejak ditubuhkan pada November 2018.

BACA  Rekaan Kuadkamera Mate 30 Pro Tentunya Antara Yang Terunik 2019

Sebanyak 14 cadangan telah diterima SKMM dari pelbagai syarikat telekomunikasi dan vendor teknologi untuk penganjuran Showcase 5G di suku kedua 2019. Ia merangkumi aplikasi merentasi pelbagai bidang termasuklah e-kesihatan, media dan hiburan, badanr pintar, pengangkutan dan automotif, pertanian, kilang dan pembuatan, tenaga, keselamatan awam dan pendidikan.

Rangkaian 5G akan memberi impak besar ke seluruh negara, membawa perubahan dalam kehidupan melalui cara yang mungkin tidak terlintas dalam fikiran sebelum ini. Inisiatif ujian rangkaian 5G akan melibatkan percubaan dan demonstrasi kes penggunaan 5G di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

Risiko dan Keselamatan di Internet

SKMM turut komited memerangi jenayah siber yang kian meningkat dan terbabit secara aktif dalam pelbagai kempen. SKMM telah terlibat dalam beberapa temuramah media untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber seperi Macau Scam, penipuan dalam talian dan penipuan pinjaman.

SKMM juga berusaha mendidik masyarakat mengenasi risiko dan keselamatan internet dan telah menjalankan sebanyak 11,436 siaran pesanan khidmat masyarakat di stesen radio dan televisyen, majalan dan media sosial.

Ikuti Facebook SKMM untuk sentiasa menerima berita terkini dan maklumat berkaitan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

[Sumber: Facebook SKMM]