• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Singkap tirai yang tidak kelihatan untuk membawa pulang Honor View 20

  • OLEH Najib
  • 3:58 pm
  • 12/02/2019
  • Komen
Singkap tirai yang tidak kelihatan untuk membawa pulang Honor View 20
Share on FacebookShare on Twitter

Honor, salah satu jenama telefon pintar yang popular di Malaysia baru-baru ini melancarkan pertandingan mengambil gambar, ‘See The Unseen‘. Ia merupakan sebahagian dari promosi berkenaan telefon pintar terbaru mereka, View 20 yang memiliki kamera 48MP, antara yang pertama di dunia.

Honor bekerjasama dengan dua pengguna Instagram popular, Jack Morris dan Murad Osmann. Mereka berdua menjadi juri untuk pertandingan yang berjalan selama dua bulan ini. Selain itu, mereka turut akan memilih gambar terbaik setiap minggu untuk dipaparkan di ruang Honor Gallery.



Pertandingan ini terbuka kepada semua, tetapi gambar mestilah ditangkap menggunakan peranti Honor. Tidak kisah model apa, asalkan peranti Honor.

Terdapat tiga tema boleh dipilih untuk mengambil gambar iaitu Unseen Love, Unseen Heroes dan Unseen World. Gambar yang diambil boleh dimuatnaik di laman pertandingan, beserta keterangan yang menarik berkenaan gambar tersebut.



Hadiah menarik disediakan dengan hadiah utama ialah telefon pintar Honor View 20.

Pertandingan ini berjalan dari 7 Februari hingga 25 Mac 2019. Kepada yang berminat, boleh menghantar penyertaan di laman pertandingan See The Unseen. Terma dan syarat pertandingan juga boleh dirujuk di laman tersebut.

Tags: honorSee The Unseen
Najib

Najib

POPULAR

Singkap tirai yang tidak kelihatan untuk membawa pulang Honor View 20

Singkap tirai yang tidak kelihatan untuk membawa pulang Honor View 20

12 February 2019
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN