• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Terbuka Dengan Konsep “Crossplay” Tapi Pembangun Kata Mereka Tipu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:00 am
  • 13/02/2019
  • Komen
Sony Terbuka Dengan Konsep “Crossplay” Tapi Pembangun Kata Mereka Tipu
Share on FacebookShare on Twitter

Selain 4K dan HDR, crossplay juga adalah fungsi yang mendapat permintaan tinggi daripada gamers. Crossplay membolehkan mereka bersaing dengan pemain yang berada di platform lain. Contoh yang terbaik adalah Fortnite, dan Rocket League yang masing-masing menyokong sekurang-kurangnya tiga platform utama iaitu Nintendo Switch, PS4, dan Xbox One.

Fornite menyokong crossplay sehingga ke telefon pintar



Tapi sejarah menunjukkan yang PS4 adalah paling payah untuk di-crossplay-kan walaupun pengerusi Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE), Shawn Layden katakan yang PS4 amat terbuka dengan cadangan itu.

Rocket League



Dalam satu temuramah bersama Game Informer, En. Layden memaklumkan sebab PS4 agak perlahan berbanding yang lain adalah ia adalah satu langkah yang perlu diambil dengan amat teliti dan bukannya seperti memetik suis.

Tambahan pula, komuniti PlayStation yang besar tidak mungkin datangkan masalah kepada gamers untuk mengisi lobi permainan multiplayer. Perlu diingatkan yang crossplay hanyalah sebahagian daripada fungsi crossplatform.

CEO kepada pembangun permainan WarGroove mengatakan yang crossplay di Ps4 amatlah rumit

Selain crossplay, PS4 perlu menangani isu crosspurchase dan crossprogress. Adakah kosmetik yang anda beli di Fortnite Xbox akan dibawa ke Fortnite PS4? Adakah perkembangan single player anda akan dibawa merentasi platform? Itu semua akan melibatkan aliran wang dan data antara pengeluar.

Walau bagaimanapun, untuk pengeluar games yang ingin menggunakan fungsi crossplay, mereka sentiasa boleh mendapatkan bantuan Sony melalui saluran-saluran tertentu.

[Sumber: GameInformer. Kinda Funny Games Daily]

Tags: ps4Sonysony playstation 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony Terbuka Dengan Konsep “Crossplay” Tapi Pembangun Kata Mereka Tipu

Sony Terbuka Dengan Konsep “Crossplay” Tapi Pembangun Kata Mereka Tipu

13 February 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN