3 Gajet Wearable Yang Akan Iringi Samsung Galaxy S10

Kurang dari seminggu, anda akan melihat Samsung Galaxy S10 secara rasminya. Tapi Samsung sudah tentu takkan membazirkan lampu limpah yang dihalakan kepada mereka. Beberapa maklumat yang terbocor di Internet menunjukkan Samsung turut akan umumkan 3 gajet wearable bersama-sama flagship mereka.

Galaxy Bud

Galaxy Buds sudahpun tertiris beberapa kali. Ia adalah pewaris kepada IconX yang dilancarkan tahun 2018. Antara ciri unik yang dijangkakan adalah keupyaan dicas secara wayarles Qi.

 

Galaxy Fit/Fit e

Galaxy Fit dan Fit e nampaknya akan menggantikan Gear Fit2 Pro yang diumumkan pada tahun 2017. Jika mengekalkan spesifikasi yang sama, anda boleh jangkakan GPS, pengimbas cap jari, Bluetooth, dan paparan OLED padanya. Tidaklah diketahui “e” dalam Fit menandakan apa.

Galaxy Watch Active

Seperti namanya, Galaxy Watch Active dijangka mensasarkan pengguna dengan gaya hidup aktif. Besar kemungkinan ia akan miliki spesifikasi seperti Honor Watch GT seperti GPS, pengimbas cap jari, dan sebagainya.

[Sumber: SamCentral]

BACA  Ini harga Galaxy A70 dijual di beberapa negara