Samsung Galaxy Bud Mungkin Jadi Free Gift Dengan Tempahan Awal S10

Samsung dijadualkan mengumumkan mengemas kini barisan telefon siri Galaxy S mereka minggu depan dalam acara Unpacked. Tapi, bersama-sama dengan telefon, Samsung turut didakwa bakal mebawa bersama pengganti kepada Gear IconX iaitu Galaxy Buds

Entri Galaxy Bud di SIRIM

Hal ini diperkukuhkan dengan kehadiran entrinya dalam pengkalan data SIRIM kita dengan model nama SM-R170. Besar kemungkinan ia akan di-bundle-kan bersama Galaxy S10 apabila dilancarkan kelak, sama seperti yang berlaku dengan promosi tempahan awal Galaxy S10 di Vietnam.

Daripada sudut fizikaliti, tidak banyak perubahan boleh dilihat secara luaran. Tapi, pada bahagian dalam, ada tweak dilakukan Samsung.

Gear IconX (2018)

Contohnya, kapasiti dilaporkan lebih kecil, 58mAh berbanding 82mAh. Bekasnya turut berfungsi sebagai pengecas apabila dibekalkan bateri 252mAh. Uniknya berbanding produk sebelumnya adalah ia boleh dicas wayarles bagi memanfaatkan satu ciri yang akan diperkenalkan di Galaxy S10 iaitu mengecas keluar secara wayarles.

Jika digunakan untuk beraktiviti lasak, Galaxy Bud miliki ketahanan IPX2 dan menyokong Bluetooth 5.0 pengalaman multimedia tanpa kabel.

BACA  Galaxy A60 Rasmi Di China Dan Tampil Dengan Paparan Infinity-O