fbpx

Zenfone 5Z Terima Potongan Harga RM500 Tapi Dalam Waktu Terhad

Sekiranya anda ingin mendapatkan sebuah telefon flagship daripada Asus, anda boleh dapatkan Asus ZenFone 5Z pada harga serendah RM1,449, potongan RM400 daripada harga asal. Tapi untuk varian RAM 8GB dan storan 256GB, potongan yang diterimanya adalah lebih tinggi iaitu RM500, menjadikannya RM1,799.

Untuk mengimbau semula, ZenFone 5Z diumumkan di MWC 2018 tapi tiba di Malaysia sekitar Julai 2018. Ia hadir membawakan CPU Snapdragon 845, RAM sehingga 8GB, dan storan sehingga 256GB.

Ia adalah telefon pertama ASUS yang membawakan rekaan ber-notch. Panel paparannya adalah sebesar 6.2″ pada resolusi HD Penuh.

Pada bahagian pengimejan, kamera utamanya diberikan sensor 12MP manakala kamera sekunder ada sensor 8MP dengan kamera bersudut pandang luas.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 3,300mAh dengan pengecasan pantas.

Tapi, untuk menikmati harga promosi ini, anda perlu pergi ke Sunway Pyramid antara 16 Februari hingga 17 Februari 2019. Hal ini kerana, ROG dan Garena akan adakan jerayawara All Stars Brawl di sana.

Selain promosi telefon, anda juga boleh bertemu dengan selebriti tempatan yang terkenal dalam dunia gaming seperti:

  1. Afiq ‘chii’ Afzainizam
  2. Ainii Gaming
  3. Belle Ywen
  4. ChuChu Gaming
  5. Cometopapa
  6. CortX Kaki Game
  7. Karakuri
  8. KBCSensei
  9. Master Ramen
  10. MrCocan
  11. Niki Aori
  12. SYNO
  13. Todak Gaming
BACA  Galaxy A80 dengan kamera berputar tiba pada 12 Julai