fbpx

Vivo Dengan Kamera Selfie 32MP Akan Masuki Malaysia 26 Februari 2019

Vivo siri V adalah telefon dengan pengkhususan pada kamera selfie yang berkuasa. Selepas V11 yang diumumkan September 2018, model yang lebih baru, V15 akan diumumkan di Malaysia pada 26 Februari.

Itu adalah antara maklumat yang terkandung dalam jemputan yang diedarkan kepada pihak media. Selain itu, sebanyak 2 model akan diperkenalkan iaitu V15 dan V15 Pro.

Walau bagaimanapun, tidak banyak maklumat rasmi didedahkan berkaitan spesifikasi kedua-dua model tersebut selain berita kamera depan yang ada sensor 32MP, paling tinggi dalam pasaran setakat ini.

Tapi kahabar angin bertiup kencang yang menyakatakan ia akan dikuasakan cip Snapdragon 675 dengan RAM 6GB dan storan 128GB.

Vivo masih mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai duta siri Vivo seperti sebelum ini.

BACA  iQoo Neo bijak perkenal prestasi tinggi pada harga rendah