• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Galaxy S10 bermula jumaat ini

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 20/02/2019
  • Komen
Tempahan awal Galaxy S10 bermula jumaat ini
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akan melancarkan siri Galaxy S10 mereka esok hari. Tetapi Maxis telah mengumumkan akan membuka tempahan awal untuk telefon pintar terbaru Samsung ini, dalam tempoh kurang 48 jam dari sekarang.

Laman web utama Maxis telah menaikkan sepanduk yang menyatakan, tempahan awal Galaxy S10 di Maxis akan dibuka pada hari Jumaat, 22 Februari 2019 bermula pukul 10 pagi. Untuk pengguna yang masih belum memiliki ID Maxis Online, anda boleh segera mendaftar ID lebih awal untuk memastikan pengalaman tempahan awal yang lancar kelak.



Tiada maklumat lanjut seperti harga dan jenis pelan diberitahu, tetapi kita boleh menjangkakan ia akan tidak banyak berbeza dengan Galaxy S9 sebelum ini. Antaranya, ia akan ditawarkan dalam bentuk dua jenis kontrak, iaitu kontrak biasa 24 bulan dan program ansuran bulanan Zerolution 360.

Kebiasannya juga, tempahan awal akan turut menerima pelbagai hadiah percuma. Ia mungkin termasuk peranti yang dijangka akan dilancarkan di samping Galaxy S10 iaitu Galaxy Buds, Galaxy Fit atau Galaxy Watch Active.



Galaxy S10 akan dilancarkan pada 20 Februari di San Francisco, bersamaan pukul 3 pagi pada 21 Februari waktu Malaysia. Dikhabarkan terdapat tiga model akan diperkenalkan dengan model terendah akan diberikan tanda harga di bawah RM3,000. Kali terakhir siri Galaxy S diletakkan harga di bawah RM3,000 ialah semasa Galaxy S7 edge dilancarkan.

[Sumber: Maxis]

Tags: Galaxy S10maxissamsung
Najib

Najib

POPULAR

Tempahan awal Galaxy S10 bermula jumaat ini

Tempahan awal Galaxy S10 bermula jumaat ini

20 February 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN