• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa telefon boleh lipat Huawei berbeza dari Galaxy Fold

  • OLEH Najib
  • 3:39 pm
  • 23/02/2019
  • Komen
Rupa telefon boleh lipat Huawei berbeza dari Galaxy Fold
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Huawei telah mengeluarkan jemputan ke satu majlis di Barcelona pada 24 Februari 2019. Dari gambar jemputan tersebut, ia seperti sebuah peranti yang boleh dilipat. Kini, rahsia itu telah terbongkar.

Seseorang telah mengambil gambar iklan yang sedang dipasang. Iklan tersebut memaparkan peranti yang boleh dilipat, dengan nama HUAWEI Mate X. Ia turut menyatakan, telefon 5G boleh lipat pertama di dunia.



Dari gambar ini, konsep boleh lipat Mate X berbeza dengan Samsung Galaxy Fold. Ini kerana ia kelihatan memiliki skrin di luar sahaja. Lipatan dibuka keluar untuk menjadikan skrin lebih besar. Sementara Galaxy Fold, memiliki skrin kecil di luar dan dibuka lipatan untuk capaian ke skrin besar di dalam.

Selain dari Mate X, Huawei dijangka akan melancarkan beberapa lagi peranti pada 24 Februari nanti. Ia boleh dilihat dari beberapa video petunjuk yang mereka kongsikan beberapa hari sebelum ini.



3 hari lepas, mereka berkongsi video berkenaan Mate X, dengan paparan dari belakang ke depan.

 

Kemudian, mereka memuat naik video yang memperlihatkan sesuatu seperti modem Mi-Fi dengan logo 5G.

 

Hari ini, mereka menayangkan pula sebuah laptop. Mungkin ia adalah model terbaru menggantikan Matebook X Pro, yang dilancarkan di MWC tahun lepas.

Apakah masih ada rahsia lagi dari Huawei? Nantikan laporan dari kami di majlis pelancaran Huawei esok, terus dari Barcelona.

[Sumber: @gimme2pm]

Tags: HuaweiMate XMWC 2019
Najib

Najib

POPULAR

Rupa telefon boleh lipat Huawei berbeza dari Galaxy Fold

Rupa telefon boleh lipat Huawei berbeza dari Galaxy Fold

23 February 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN