• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi perkenal telefon 5G pertama akan dijual di dunia

  • OLEH Najib
  • 6:53 pm
  • 24/02/2019
  • Komen
Xiaomi perkenal telefon 5G pertama akan dijual di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini membuka pentas pelancaran di Barcelona dengan peranti pertama 5G mereka, Mi MIX 3 5G. Walaupun di luar ia masih sama dengan Mi MIX 3 biasa, di dalamnya ia menerima banyak perubahan.

Ia bermula dengan penggunaan cip pemproses terbaharu, Snapdragon 855 dan dipadankan dengan modem X50 5G. Prestasi tertinggi ini dibantu dengan sistem penyejukan hibrid bagi membolehkan ia beraksi dengan lancar.



Telefon ini turut dimuatkan dengan bateri lebih besar, 3,800mAh berbanding hanya 3,200mAh di Mi MIX 3. Selain dari ini, versi 5G ini sama sahaja dengan Mi MIX 3 yang asal.

Xiaomi turut menunjukkan kebolehan telefon 5G ini dengan membuat panggilan video Skype, menggunakan rangkaian 5G. Ia dijayakan dengan bantuan Orange Sepanyol. Orange merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang bersedia dengan rangkaian 5G di Sepanyol.



Xiaomi menyatakan, Mi MIX 3 5G adalah telefon pintar dengan kemampuan rangkaian 5G pertama dijual di dunia. Tetapi ia akan mula dijual pada bulan Mei, tiga bulan dari sekarang. Harganya di Eropah ialah EUR599 (~RM2,768).

Di Malaysia, masih belum ada tetapan untuk rangkaian 5G jadi ia mungkin kurang sesuai untuk digunakan di Malaysia. Tetapi jika ada yang berminat dengan rekaan gelungsur Mi MIX 3 dan mahu prestasi tertinggi Snapdragon 855, ia masih pilihan yang menarik.

Tags: 5gmi mix 3Mi MIX 3 5GMWC 2019xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi perkenal telefon 5G pertama akan dijual di dunia

Xiaomi perkenal telefon 5G pertama akan dijual di dunia

24 February 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN