• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DxOMark Skor Kamera Mi 9 Kedua Terbaik Dalam Carta

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:11 pm
  • 25/02/2019
  • Komen
DxOMark Skor Kamera Mi 9 Kedua Terbaik Dalam Carta
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda sedang mencari telefon baru yang miliki kemampuan kamera yang tinggi, anda boleh masukkan Xiaomi Mi 9 yang baru saja diumumkan di MWC 2019. Hal ini kerana, penilai komponen pengimejan DxOMark memberikan skor 107 buat kamera belakangnya, kedua tertinggi selepas 109.

Berikut adalah spesifikasi kamera belakang Xiaomi Mi 9.



  • Kamera 1: Sony IMX586 48MP F1.75
  • Kamera 2: 12MP telefoto F2.2
  • Kamera 3: 16MP ultralebar F2.2

Sungguhpun berada di tempat kedua keseluruhan, dalam kategori Foto, Mi 9 adalah yang paling tinggi setakat ini. Antara aspek yang dipuji adalah pada bahagian Exposure, Color dan Autofocus yang masing-masing menerima skor yang tinggi.

Dua bahagian yang Mi 9 gagal cemerlang dalamnya adalah di Texture dan Bokeh yang masing-masing terima skor 69 dan 65. Tapi usah risau kerana Pixel 3 cuma dapat 50 mata saja dalam kategori skor walaupun mendapat pujian ramai dalam gambar portret.



Skor Pixel 3 dalam DxOMark

Pada sudut penstabilan video, Mi 9 cemerlang dalam kategori Autofocus dan Stabilization apabila mencatatkan skor 94 dan 92. Sebagai perbandingan, Mate 20 Pro yang mengungguli carta semasa beroleh 98 dan 92 dalam kategori yang sama.

Skor Mate 20 Pro dalam DxOMark

DxOMark mencatatkan beberapa kekurangan pada Mi 9. Antaranya adalah hasil gambar yang kurang realistik serta portret yang sangat dipengaruhi AI.

Tags: mwcxiaomixiaomi mixiaomi mi 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DxOMark Skor Kamera Mi 9 Kedua Terbaik Dalam Carta

DxOMark Skor Kamera Mi 9 Kedua Terbaik Dalam Carta

25 February 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN