• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM catat keuntungan merosot berturut-turut pada tahun 2018

  • OLEH Najib
  • 8:58 pm
  • 27/02/2019
  • Komen
TM catat keuntungan merosot berturut-turut pada tahun 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Keuntungan bersih Telekom Malysia (TM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY2018), menurun sebanyak 83% kepada RM153.154 juta, daripada RM929.749 juta pada tahun kewangan 2017 (FY2017). Pendapatan juga mencatatkan penurunan dari RM11.882 bilion pada FY2018 kepada hanya RM12.08 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam laporan kepada Bursa Malaysia, TM menyatakan penurunan prestasi ini didorong oleh kemerosotan aset rangaian yang dikenal pasti oleh kumpulan pada suku ketiga 2018. Ia mendorong kepada penurunan keuntungan operasi sebanyak 66% sebelum kewangan, kepada RM375.5 juta dari RM1.10 bilion sebelumnya.



Kemerosotan aset rangkaian ialah aset syarikat di mana harga pasarannya kurang dari nilai yang disenaraikan dalam penyata imbangan syarikat.

Untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2018 (Q418), keuntungan bersih menurun kepada RM69.96 juta daripada RM277.01 juta pada 4Q17.



Ini ialah kali pertama sejak sekian lama, TM mencatat kemerosotan keuntungan pada suku tahunan berturut-turut.

Sementara itu, TM turut mengisytiharkan dividen tunai interim sebanyak 2 sen setiap saham – bayaran berjumlah RM75.1 juta, dijangka akan diedarkan pada 12 April 2019.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar, berkata 2018 sememangnya antara tempoh paling mencabar pernah dihadapi. Syarikat telekomunikasi itu menerima impak daripada ketidaktentuan dalam industri dan persekitaran operasi sepanjang tahun lalu.

“Bagi 2019, TM akan meneruskan perjalanan strategiknya untuk berubah menjadi “New TM”, organisasi berfokuskan pelanggan bagi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai negara digital menerusi sambungan dan infrastruktur digital,” katanya.

Dalam laporan lain, setakat akhir tahun 2018, TM mengekalkan kepuasan pelanggan dengan skor Ukuran Kepuasan Pelanggan (indeks TRI*M) lebih daripada 73, melebihi skor purata syarikat telekomunikasi global iaitu 66.

Jumlah keseluruhan pelanggan jalur lebar TM adalah 2.23 juta; 1.3 juta pelanggan unifi dan 936,000 pelanggan Streamyx. Terkini mengenai program jalur lebar bagi tahun 2018:

  • Lebih daripada 911,00 pelanggan unifi dinaik taraf kepada 10 kali ganda kepantasan sedia ada.
  • Lebih daripada 239,000 pelanggan Streamyx dinaik taraf kepada unifi.
  • Lebih daripada 181,000 pleanggan Streamyx dinaik taraf kepada 2 kali ganda kepantasan sedia ada (bagi kawasan tanpa halangan teknologi).

[Sumber: MalayMail, TM]

Tags: Telekom MalaysiaTM
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TM catat keuntungan merosot berturut-turut pada tahun 2018

TM catat keuntungan merosot berturut-turut pada tahun 2018

27 February 2019
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER