• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dan Bateri 4,000mAh Diumumkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 06/03/2019
  • Komen
OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dan Bateri 4,000mAh Diumumkan
Share on FacebookShare on Twitter

Memualakan penawaran 2019, OPPO telah mengumumkan dua wakil pertama mereka di India. Mereka ini terletak dalam kategori telefon berkamera 48MP iaitu:

  • OPPO F11 Pro
  • OPPO F11

Versi “pro” kepada F11 miliki keunikannya yang tersendiri apabila tampil dengan kamera selfie boleh luncur daripada dalam badan untuk menempatkan kamera 16MP.



Ia menjadikan telefon ini bebas notch dan berbingkai nipis di setiap sisi. Panel paparannya adalah sebesar 6.5″ dengan resolusi HD penuh.

Yang ingin ditekankan OPPO pada produk ini adalah dwikamera belakang 48MP dan 5MP. Menurut OPPO, mereka telah membangunkan perisian khas yang memanfaatkan sepenuhnya setiap piksel di atas sensor pengimejan tersebut.



Pengguna boleh menikmati gambar portret yang menawan walaupun dalam keadaan malap. Selain itu, teknologi AI turut digunakan untuk memperelok wajah dan simulasi bokeh.

Pada papan utama, OPPO F11 Pro beroleh kuasa pengkomputeran melalui CPU Helio P70 yang bergandingan bersama RAM 6GB dan storan 64GB. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan ColorIS 6.0 yang berasaskan Android 9 Pie dengan pengoptimuman menyeluruh daripada fungsi Hyper Boost.

 

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 4,000mAh dengan VOOC 3.0 untuk menolak masuk tenaga sehingga 20W masuk ke telefon.

Spesifikasi OPPO F11 Pro

Attention: The internal data of table “156” is corrupted!

Spesifikasi OPPO F11

[table “157” could not be loaded /]

 

OPPO F11 sedikit berbeza berbanding F11 Pro daripada segi kehadiran notch titisan air menempatkan kamera depan dan juga bateri 4,020mAh, sedikit besar berbanding versi lebih tinggi itu serta RAM 4GB dan storan 128GB.

OPPO F11 Pro akan mula dijual pada 15 Mac 2019 ini di India pada harga seperti berikut:

  • OPPO F11 Pro – INR 25,000 (RM 1,448)
  • OPPO F11 – INR 20,000 (RM 1,158)

https://www.youtube.com/watch?time_continue=29&v=9LGH0CTWNIs

Tags: oppooppo f11oppo f11 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dan Bateri 4,000mAh Diumumkan

OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dan Bateri 4,000mAh Diumumkan

6 March 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN