Rumusan Pelan Internet Prabayar Digi Mac 2019

Awal tahun 2019, saya ada buat rumusan tentang penawaran prabayar 5 telco utama negara kita untuk pek permulaan dan pelan Internet. Ini adalah kemas kini untuk telco Digi setakat 12 Mac 2019.

Perubahan dari 17 Januari 2019

  1. Satu pelan migguan baru diperkenalkan iaitu RM12/minggu. Dengannya anda dapat 2GB data dengan tambahan 2GB untuk diguna antara 1 tengah hari hingga 7 malam.
  2. Semua pelan yang ada Kaki Social telah dihapuskan dan digabungkan dengan Internet Cili Padi
  3. 1 pelan baru RM35 dalam Internet Cili Padi berikan 6GB data dan Unlimited Social.
  4. Pelan RM15 Super Tererrr dihapuskan dan digantikan dengan RM15 Internet Cili Padi berbekalkan 2GB data dan Unlimited Social.
  5. Internet Rollover diperkenalkan untuk pelan RM30 keatas dan boleh dihimpun sehingga 100GB.
  6. Pass RM1 untuk Internet Call dihapuskan.

Ada apa-apa yang saya terlepas? Maklumkan di ruangan komen.

 

BACA  Mari Mengenal CPU Flagship 2019