fbpx

Spotify Premium dan tiket TGV Percuma untuk pengguna Galaxy S10

Berita baik untuk pemilik Samsung Galaxy S10. Anda boleh menerima akses Spotify Premium secara percuma selama 3 bulan.

Tawaran ini diberikan secara eksklusif menerusi aplikasi Samsung Members. Menurut terma & syarat, promosi ini diberikan kepada 20,000 pendaftaran baru Samsung Members terawal di Galaxy S10. Siapa cepat, dia dapat. Ia boleh ditebus sebelum 31 Mei 2019.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu menekan butang ‘Redeem Now‘ di dalam aplikasi Samsung Members, kemudian pergi ke ‘Promo Code‘. Seterusnya, klik pada ‘Visit the Website” dan anda akan dibawa ke laman Tebusan Kod Spotify. Di situ, log masuk ke akaun Spotify anda atau daftar akaun baru. Akhir sekali, masukkan kod tebusan dan anda akan menerima langganan 3 bulan Spotify Premium percuma. Terma & syarat promosi boleh dirujuk di sini.

Dengan ini, anda boleh menjimatkan sejumlah RM44.70 untuk langganan Spotify Premium selama 3 bulan. Kadar langganan Spotify Premium ialah RM14.90 sebulan. Aplikasi Samsung Members boleh dimuat turun di Google Playstore.

Selain Spotify Premium, pengguna Galaxy S10 turut boleh mendapatkan 2 tiket TGV Movie secara percuma. Apa yang diperlukan ialah mengaktifkan Samsung Pay di telefon Galaxy S10. Promosi tiket TGV boleh ditemui di dalam tab ‘Promotions‘. Tetapi sebelum itu, anda perlu menambah kad bayaran ke dalam Samsung Pay, dan membuat satu transaksi bayaran. Selepas itu, tiket TGV boleh ditebus menerusi tab ‘Promotions‘. Maklumat lanjut berkenaan promosi ini boleh dirujuk di laman terma & syarat promosi.

BACA  Rekaan sebenar iPhone 11 berdasarkan 100 unit casing dari China